Wednesday, December 31, 2008

syurga cinta

Lukisan di wajahmu membayangkan sesuatu,

Matamu berbicara

Hinggakan tiada pena mampu

Mengungkapkannya

Semalam,mengundang senyum dibibirmu,

Hari ini tanpa disangka

Langit mendung dimatamu

Jika angin itu mampu bersuara,

Tentu sudah dikhabarnya

Pada sang ombak yang menderu

Akan kisah sedihmu

Tentu langit akan menangis sedu

Awan gemawan berarak kelabu

Kebisuan matamu

Terasa bagai mentulikan seluruh perasaanmu

Maaf lahir dari aku yang tak pernah

Buta dari melihat airmatamu

Mengalir lesu

Namun dari kuasa airmatamu

Kau akan temukan sungai bahagia

Dan lautan cinta

Dan dikala itu,

Seluruh alam akan bertepuk riang,

Dan akan khabarkan kepada mereka

Bahawa kau sedang berada di syurga sejahtera

Dalamnya istana dimana sungai-sungai cinta

Mengalir dengan derasnya….

citrasakura

No comments: