Wednesday, January 28, 2009

Cinta Si Buta Huruf

Tanah jiwanya lapang dan gersang

Sesekali ombak badai melanda

Menghanyutkan laraya ke terusan sepi

Matanya berbicara sayu

Mentafsirkan gejolak rasa yang sedang meradang didalam nuraninya

Kembali kepada asal diri

Siapa ‘dia’ tanpa’nya’ disisi..

Berjalan dan kemudian menoleh ke

wajah semalam

bingkainya kian retak ditelan masa…

sukar untuk mentafsirkan hati

terlalu payah untuk memahami realiti

benih-benih duka membiak didalam rahim hatinya

entah pada siapa di perdengarkan mendung suaranya

Dia ibu yang telah terluka hatinya

Kerana permatanya menjadi kaca yang menusuk jantung

Berdarah…dan tidak bisa kering…

Citrasakura

Kau Abadi dalam Perjuangan(buat saudaraku di daerah lara)


Lama sudah kau bermandi derita

Bumi mu sudah terlalu uzur untuk menanggungnya

Darah merah dan dendam mengalir dengan derasnya

Tidak tahu mana hujung sempadannya

Lama sudah dalam dearah luka

Langit birumu bertukar kelabu

Awan putih mu berarak duka

Sambil melaung-laungkan rasa sengsara

Tidak tahu bila hentinya

Aku adalah saudaramu

suaraku tidak terdengar olehmu

namun suara mu terngiang-ngiang dalam tidurku

Sumpah! Bahawa aku mengerti akan alam deritamu

Lalu aku kirimkan doa ke dada langit

Agar diturunkan kepadamu

Biar rahmat menghujani mu

Dalam tiap jalan perjuanganmu

Ku bukakan pintu ihsanku

Buat kau saudaraku

Aku tidak mampu menyeka airmatamu

Tidak aku mampu menahan hujan peluru dari langitmu

Tidak aku mampu mengubati luka parahmu

Aku Cuma mampu

Mendakapmu dengan rasa cintaku dan doa tulusku

Moga Tuhan menaungi mu

Di suatu wilayah abadi

Dimana disana kau berlindung dengan rahmatNya yang hakiki…

Citrasakura…


Salam Dari Benua Rindu



Aku bersama ‘rumah’ kita.

Sedang mencari jalan pulang

Ke tempat dimana asal kita sebenarnya…

‘Rumah’ kita telah lama usang

Hanya dihuni oleh suara-suara sunyi

Yang membingit hati…

‘Rumah’ kita telah lama gelap

Kerana cahaya cinta telah malap

sebenarnya jiwa kita telah lama terlelap

Aku bawa ‘rumah’ kita

Ke sebuah benua rindu

Moga disana akan menyatukan

Kita yang telah lama terpisah

Aku ingin kau dan aku bina’rumah’ kita yang baharu

Bukan dengan dinding dan atap kepalsuan

Bukan juga dengan lantai dan tanah kehancuran

Tapi adalah sebuah dunia

Yang bertabur rasa-rasa cinta

Aku ingin sebuah ‘rumah’

Yang boleh bawa kita ke syurga

Perjalanan ku penuh lara

Kerana ‘rumah’ yang ingin aku bina

Dilanda bandai tanpa suara…

Citrasakura…