Wednesday, July 1, 2009

menjejak jalan kenangan

i
Agak lama tidak menulis di entri sendiri.Keletihan berkerja mengekang aku untuk mengisi inspirasi.Namun aku sempatkan juga untuk membaca blog-blog kegemaranku.Semalam, sewaktu meminta pertolongan Amirah untuk mengemaskan buku-buku aku yang semakin lama semakin membiak,aku terjumpa satu buku yang belum terbuka lagi sampulnya.Buku berjudul The End of History and The Last Man tulisan Francis Fukuyama aku beli ketika shopping buku semasa Pesta Buku Antarabangsa di PWTC beberapa bulan yang lepas.Karya itu benar-benar menuntut aku untuk memahaminya.Penulis ini mengisytiharkan sejarah telah berakhir?.Disini aku turunkan sedikit sinopsis mengenai karya yang menggemparkan dunia politik antarabangsa ini.

Kehancuran Soviet dan keruntuhan Tembok Berlin merupakan perubahan dramatik pasca Perang Dingin dan menandakan kejayaan Kapitalisme dan demokrasi liberal di seluruh dunia.Francis Fukuyama turut meramalkan bahawa pada akhir sejarah tidak akan ada lagi ruang untuk bertarung mengenai ideologi-ideologi besar.

Karya yang penuh fenomena dan sangat optimistik...

Usai aku membaca buku tersebut,aku membaca sebuah lagi buku berjudul Aftar Midnight.Buku tulisan Robert Ryan itu sangat menyentuh kalbuku dari muka surat pertama lagi.Cerita mengenai Jack yang terpaksa berpisah dengan isteri dan anak perempuannya,Linda kerana dihantar ke Itali semasa Perang Dunia Kedua pada tahun 1944.Cerita bagaimana menghadapi kekejaman Nazi sangat meruntun hati dan bagaimana perjalanan Linda dalam menjejak kembali ayahnya yang telah hilang semasa Perang tersebut.

ii.
Semalam mama balik rumah lama.Entah apa yang dikemaskan dibiliknya,mama keluar dengan membawa beberapa keping album lama.Foto semasa aku dan mira masih kanak.Kebetulan waktu itu yang ada dirumah ialah kawan baikku Ida,jadi aku dan mira dah jadi bahan gelak dia.Tak apalah nasib baik Ida,kalau orang lain tak tahulah...bila mama keluarkan semula foto-foto lama tu,tiba-tiba hatiku jadi sebak.Ada kata yang tidak terluah dan ada rindu yang sedang membungkam..dan masa lalu itu tidak akan dapat dipuarkan kembali itu yang pasti..