Sunday, August 14, 2011

Permintaan Hati


Ini. Detik ini detik satu per tiga malam. Aku ingin berdoa sebanyak-banyaknya. Hati aku meronta-ronta meminta aku untuk berbuat demikian. Aku mengharapkan Tuhan akan mendengari aku.
Tetapi, adakala terbit suara dari celah hati
"layakkah aku meminta-minta daripada-Nya?".Sedangkan aku sering berbuat dosa. Sering melakukan perkara-perkara yang membuat Dia murka dan marah. Perkara-perkara yang membuatkan aku terkeluar dari senarai penerima rahmat-Nya.

Adakah Dia benar-benar sudi mendengari aku? Sudi  memelukku dan melindungi hatiku dengan kasih dan sayang-Nya yang tidak terperi mahalnya. Sedang aku sibuk menggendong dosa-dosa yang maha banyak yang bakal aku pikul di akhirat kelak. Tuhan...hanya Kau yang Maha Tahu. Hanya kau yang Maha berhak untuk aku meminta ampun. Untuk kali ini, maafi aku Tuhan.

Aku ingin berdoa..ini keperluan aku di saat aku menghampiri fasa yang lelah dan dingin di dalam hidupku. Lantas kerana kurangnya rasa syukur dan ikhtiar dalam memperjuangkan kehidupan.

Tuhan..air mata sepertiga malam ini bakal jadi saksi insaf sebuah hati.

Ampunilah dosaku dan kedua-dua ibubapaku Ya Allah. Lapangkan hatiku dan hati mereka dalam menerima hidayah-Mu Ya Allah. Lindungi aku dan mereka dari bencana dan malapetaka yang tidak tertanggungkan peritnya. Kuatkan hati aku dan mereka dengan secebis iman yang Kau berikan. Ya Allah, Kau lindungilah hati ibuku ibuku ibuku dan ayahku Ya Allah. Jangan Kau biarkan mereka dalam dilema yang menyesatkan dan melemahkan mereka. Lapangkan hati, gembirkan dan bahagiakanlah mereka berdua disaat aku masih belum mampu berbuat begitu kepada mereka. Janganlah kau siksa mereka di dunia mahupun di akhirat. Berilah mereka cahaya yang akan menerangi jalan hidup mereka di sepanjang jalan kehidupan...

Kasihlah kepada kami Ya Allah....Kami juga sangat kasih kepada-Mu. Tuhan semesta alam. Tuhan Maha Mendengar dan Maha Pemberi Rahmat.Tuhan Yang Maha Pengampun. T_T