Thursday, February 25, 2010

Seorang marhaen dan sekaki payung...



Usai waktu Isa tadi, aku membuka karya Hamka yang agung ; Tenggelamnya Kapal Van de Vijc. Entah dari mana tiba-tiba buku tersebut berada di atas meja studiku. Kali pertama aku membaca karya pujangga Islam itu sewaktu berada di tingkatan 2. Itupun kerana nama Protagonisnya sama dengan nama Papa lalu aku membacanya di perpustakaan sekolah . Satu plot di dalam novel itu sewaktu pertama kali Zainuddin bertemu Hayati. Waktu petang dan hujan menyimbah ke bumi. Kebetulan Zainuddin mempunyai payung. Waktu tersebut dalam sekitar 5 hingga ke 6 petang. Zainuddin menyerahkan payung kepada Hayati kerana tidak elok perempuan pulang lewat. Lalu Zainuddin hanya tunggu disitu menunggu hujan teduh dan Hayati berlalu bersama payung yang diberikan Zainuddin.

Berhenti sehingga di situ. Kemudian datang SMS dari sahabat:

Akak jom keluar cari hadiah Nughul.

Naskah lama itu aku sisipkan ke bawah bantal. 15 minit aku dan sahabat keluar dari perut ASWARA. Awan murung. Tanda hujan bakal turun. Tapi kami gigih berjalan mengikut laluan ke KTM Bank Negara. Hujan rintik-rintik mula terasa . Dan kemudian tanpa simpati turun dengan agak lebat. Seorang lelaki berjalan di belakang kami.

SI SAHABAT : Akak, habislah laptop...

AKU : Kenapa bawak?

SI SAHABAT : Baru ambik dengan Judin tadi...

Si sahabat menoleh ke belakang...

LELAKI MARHAEN : Adik, abang ada payung . Pakailah..

Aku terpinga-pinga. Dan tanpa segan silu si sahabat menerima payung tersebut.

SI SAHABAT : Ermm abang tak apa ke saya pinjam ni?

LELAKI MARHAEN : Tak apa pakailah,nanti adik dengan laptop tu basah...

Aku tersenyum-senyum. Teringat babak yang lebih kurang sama berlaku di dalam novel Tenggelamnya Kapal Van de Vijc...