Friday, March 13, 2009

Menghadap Tuhan


Biasanya yang mengakrabkan kita dengan Allah S.W.T ialah disaat kita sedang sakit dan berada didalam keadaan susah.Waktu itu semua dosa bagaikan terasa gugur.Begitu yang berlaku padaku hari ini dan sebelumnya.Keadaan kondusi badan yang tidak stabil (sekejap sihat sekejap sakit) agak merimaskan aku dan banyak membuatkan banyak aktiviti ku tertunda.Entah kenapa dengan tubuh ini.? Sepanjang minggu ‘dia’ mogok padaku agaknya.Pada mulanya aku diserang demam.Demam yang kemuncaknya benar-benar terasa apabila malam menjelma.Kesannya aku gagal menghadiri kelas pada keesokan harinya akibat daripada sindrom tersebut.Tidak cukup dengan itu,aku diserang penyakit keturunan iaitu asthma.Adoii…sakitnya hanya Allah sahaja yang tahu.Dan kemuncaknya aku dikejarkan ke klinik berhampiran oleh rakan sebilikku.Tubuhku betul-betul tidak stabil.Aku hanya tidur sahaja sepanjang hari.Bangun untuk ke tandas dan solat sahaja.Kepalaku terasa amat berat,dadaku bagai ditusuk-tusuk bilah pedang dan tubuhku bila berjalan seakan-akan melayang-layang ke udara.Doktor yang merawat aku tadi mengatakan bahawa darah aku sedikit turun namun tidak begitu menjejaskan dan tubuhku begitu letih.Aku pun tidak pasti mana puncanya keletihan aku itu.Cumanya aku mengalami keletihan fikiran mungkin kerana tugasan yang bagaikan hujan turun dari langit.Setakat itu sahaja.Aku tidak bergegas ke sini sana untuk berkerja atau membincangkan masalah negara.Dalam keadaan sakit (tika ini) aku masih mampu menulis entri ini.Mungkin kerana keletihan berehat sepanjang hari.Aku tidak membaca dan tidak juga membuat sebarang analisis mengikut rutin aku yng selalu.Tidak mampu untuk tika ini.Namun dapat aku rumuskan bahawa ini adalah ‘amaran’ dan peringatan daripada Allah supaya aku lebih menjaga dan mengutamakan kesihatan diri lebih dari perkara lain.Dan kerana kesakitan ini membuatkan aku lebih banyak berbicara dengan-Nya.Fahamlah aku bahawa sakit yang diturunkan Allah ini merupakan penghantar dari Allah S.W.T..Moga ada dosa yang gugur.Amin…