Sunday, August 16, 2009
Hindari itu.
Jika aku harus ucapkan syukur kepada kekasih hatiku,Ilahi,aku akan ucapkan kerananya untuk manusia yang degil seperti aku ini jarang-jarang mendapat hikmah di balik dugaan.Akhir-akhir ini kesihatan aku merudum.Aku sebenarnya fikir bahawa aku mungkin bukan demam.Ini mungkin kerana jadual kuliah dan aktiviti yang begitu padat dan aku hanya keletihan sahaja.Tapi simptom demam dan letih itukan beza.Suhu badan adakala turun dan kemudian naik mendadak.Diwaktu malam umpamanya badan aku hangat benar sehinggakan Nughul kata hangat itu boleh dirasakannya kerana dia tidur disebelah aku sahaja.Segala ubat telah aku telan.Tidak ke klinik.Pertamanya kerana tak punya banyak waktu kerana sudah terikat dengan jadual kuliah yang padat,keduanya kerana ke klinik atau hospital memerlukan duit lagi.ketiga,kerana aku ini... memang degil!Itu yang Mama cakapkan semasa dia call aku.Anak yang degil kata Mama!
Sudah bertalu-talu aku menerima panggilan dari ahli keluarga menggesa aku membuat pemeriksaan(jika aku tidak ke klinik/hospital mereka 'mengugut' akan turun ke Kuala Lumpur?) kerana virus H1N1 tidak mengira tubuh sesiapa.Tubuh anak kecil yang tak berdosa pun diragutnya,aku masih tetap juga berdegil.Ku katakan kuliah,tak sempat,nantilah bila ada masa....
Dah memang itu aku.Dan.Sekarang bila tubuh aku sudah benar-benar 'merajuk' meminta aku prihatin dengannya,bila akal dah tak daya untuk memikirkan tentang kuliah dan assingment,bila aku lihat buku aku tidak bernafsu untuk membacanya ,barulah aku terfikir aku perlu ke hospital/klinik.PERLU.
Subscribe to:
Posts (Atom)