LAMAN web Dublin UNESCO: City of Literature di alamat www.dublincityofliterature.com menyorot kelebihan ibu kota Ireland, Dublin sehingga diiktiraf sebagai Kota Sastera oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) pada tahun ini.
Penobatan Dublin sebagai Kota Sastera bukanlah bersifat kosmetik, sebaliknya didorong sensitiviti masyarakat di kota itu terhadap sastera, diperkukuh oleh kesedaran terhadap karya agung mereka yang turut diseimbangkan minat kepada karya kontemporari.

“Berita mengenai sastera tersebar luas dalam media dan melalui penganjuran sesi baca buku, diskusi dan debat yang dianjurkan oleh penerbit, universiti, perpustakaan, persatuan penulis, kedai buku, pub dan kafe.
“Penghargaan terhadap penulisan dan kekayaan bentuk serta genre sastera diperlihatkan oleh penduduk Dublin sebagai suatu keperluan hidup, manakala kesedaran terhadap sastera dianggap salah satu ‘mata wang’ kepada kota raya itu yang turut menjadi kebanggaan mereka,” laman web itu dipetik berkata.
Pengarang di Dublin pula bukanlah peribadi yang asing pada pandangan masyarakatnya, sebaliknya turut menjadi tokoh yang membawa mereka ke abad ke-21 sehingga menjadi sebahagian daripada kehidupan harian mereka.
“Kota itu turut memberikan penghargaan secara rasmi kepada pengarang melalui pelbagai cara termasuk dengan menobatkan tiga sasterawan mereka sebagai Freedom of the City, iaitu George Bernard Shaw, Douglas Hyde dan paling terkini, adalah Thomas Kinsella.
“Selain itu, Dublin turut memberikan Anugerah Lord Mayor yang pada 2009 dianugerahkan kepada Sebastian Barry, manakala Hadiah Man Booker Antarabangsa pula dianjurkan di kota terbabit buat pertama kalinya pada tahun lalu sebagai pengiktirafan terhadap kewibawaan sasteranya,” laman web itu dipetik berkata.
Tidak kurang daripada empat sasterawan yang mempunyai kaitan dengan Dublin dianugerahkan Hadiah Nobel untuk Kesusasteraan, iaitu George Bernard Shaw, WB Yeats, Samuel Beckett dan Seamus Heaney, manakala pengarang kota terbabit yang mencapai pengiktirafan antarabangsa termasuklah Jonathan Swift, Cardinal Newman, Oscar Wilde, Sean O’Casey, Denis Johnston, Flann O’Brien, Brendan Behan dan Jennifer Johnston.
“Dalam tempoh yang terdekat ini, pengarang yang menetap di Dublinterus menerima pengiktirafan dalam prosa, drama dan puisi dengan Hadiah Man Booker diberi kepada Iris Murdoch, Roddy Doyle, John Banville dan Anne Enright, manakala pada 2009 pula, Barry mendapat Anugerah Tahunan Buku Costa dan Hadiah Fiksyen Sempena Mengenang Tait Black.
“Pada tahun lalu juga, Colum McCann memenangi Anugerah Buku Kebangsaan Amerika Syarikat (AS) lewat novelnya, Let The Great World Spin sehingga tidak hairanlah novelis, Enright, menganggap orang pintar di kota lain keluar dari rumah untuk membina kekayaan, tetapi orang bijak di Dublin kembali ke rumah untuk menulis buku,” laman web itu dipetik berkata.
Dublin turut melahirkan antara hadiah sastera paling berprestij, iaitu Anugerah Sastera IMPAC Dublin yang turut dimenangi pengarang kota itu, Colm Toibin pada 2006, selain ramai daripada mereka meraih populariti antarabangsa melalui penterjemahan seperti Dermot Bolger, Frank McGuinness, Conor McPherson, Marina Carr dan Martin McDonagh dalam bidang teater serta Harry Clifton yang dianggap Profesor Puisi Ireland, Eavan Boland, Paula Meehan, Peter Sirr, Pat Boran, Michael O’Loughlin dan Paul Durcan (puisi).
“Dalam genre fiksyen popular pula mereka ialah novelis Maeve Binchy, John Connolly, Marian Keyes, Cathy Kelly, Patricia Scanlan dan Cecilia Ahern, manakala fiksyen sastera melahirkan pengarang yang sangat berjaya seperti Barry, McCann, Enright, Roddy Doyle, Joseph O’Connor, Hugo Hamilton, John Banville dan Claire Kilroy.
“Genre sastera kanak-kanak turut tidak terkecuali dengan pengarang dan pelukis ilustrasi yang mencapai reputasi antarabangsa seperti Siobhan Parkinson yang baru dilantik sebagai Sasterawan Sastera Kanak-kanak Pertama pada tahun ini, Derek Landy, Conor Kostick, Marita Conlon-McKenna dan PJ Lynch, selain bidang bukan cereka seperti pengarang dan pengkritik sastera, Declan Kiberd; pengarang sejarah seni, Anne Crookshank dan sejarawan, Peter Harbison,” laman web itu dipetik berkata.
Pengiktirafan Kota Sastera oleh UNESCO itu berdasarkan ciri dan perwatakan kota yang memperlihatkan kualiti, kuantiti dan kepelbagaian dalam inisiatif editorial, penerbit, program pendidikan yang menumpukan sastera tempatan dan luar negara bermula dari sekolah rendah sehingga universiti, selain turut melihat persekitaran bandar yang turut disumbangkan oleh sastera, drama dan baca puisi.
Ia turut berdasarkan pengalaman dalam penganjuran acara dan festival sastera yang bertujuan mempromosi sastera tempatan dan luar negara, selain turut menyorot fungsi perpustakaan, kedai buku dan pusat kebudayaan milik kerajaan atau swasta dalam usaha memulihara, mempromosi dan menyebarkan sastera.
Pengiktirafan Kota Sastera yang sebelum ini turut diberikan kepada Edinburgh, United Kingdom (UK); Iowa City, AS dan Melbourne, Australia itu, tidak meminggirkan sumbangan aktif sektor penerbitan untuk penterjemahan karya sastera daripada bahasa kebangsaan atau karya asing, selain pembabitan cergas oleh media termasuk media baru dalam mempromosi dan memperkukuhkan pasaran produk sastera.

Sumber: Berita Harian ( sastera )