Saturday, December 18, 2010

Part Of A Fool - Juwita Suwito

Saya dan Hati Saya


Saya sedih. Saya nak bercakap dengan seseorang tetapi saya lihat tak ada orang yang berada di sekeliling saya sekarang. No parents, no siblings and no frens…i'm alone

Jadi saya hendak bercakap dengan hati saya sahaja..

WAHAI HATI,

Saya terkilan. Dengan diri saya sendri. Kerana mengharapkan sesuatu yang lebih dan tidak mungkin saya boleh dapat…

Kadang-kadang saya rasa saya ni bodoh dan sangat menjengkelkan.

Saya tak tahu bagaimana saya bergerak dan saya tak tahu apa pandngan orang pada saya. Penting ke semua tu?
Yang saya tahu setiap hari saya hidup dengan cara saya sendiri

Kadang2 orang akan datang dalam hidup saya tiba-tiba dan kemudian akan pergi dengann tiba-tiba juga…hidup ini macam sesuka hati je apa yang kita nak buat…Hidup dengan sesuka hati…

Kadang2 saya berlaku tak baik dengan orang. sebab saya selalu menegur diri saya bila saya buat sesuatu yang tidak sepatutnya. Itu semua sebab nak puaskan hati sendiri. Hidup dengan sesuka hati.

Kadang2 saya rasa saya buat begitu baik dengan orang sehingga saya merasakan orang itu perlu buat perkara yang sama seperti saya lakukan. Tetapi tak semua yang kita buat orang akan pandang. Jangankan kata terima kasih, pandang pun tidak. Hidup dengan sesuke hati saja.

Saya cuba untuk  selalu didik hati saya dengan bersifat ikhlas. Dengan itu bila seseorang buat sesuatu yang menyakitkan tak adalah saya rasa sakit hati sangat sebab apa yang saya buat semuanya ikhlas dan tak perlu balas-balas. 

Kadang2 bila orang lain mengata dan sampai ke telinga saya tentang sahabat-sahabat  saya, saya bertindak dengan 'meremove' orang itu dari akaun FB saya. Kelihatan kebudak-budakan tetapi saya begitu pasti semua benda ada fungsi. FB tu ada fungsinya. Jadi saya terpaksa  'meremove' kawan-kawan  yang tidak berfungsi pada saya di dalam FB saya supaya FB saya terus kekal sebagai benda yang berfungsi kepada saya.

Kadang2 saya ambik peduli dan merisaukan tentang sesuatu tetapi ada orang tak peduli langsung tentang kerisauan saya tu. Jadi saya ambil keputusan untuk tidak peduli lagi. Peduli apa.Hidup dengan sesuka hati saja.

Dalam hidup saya, saya beberapa kali bertembung dengan orang  yang tikam saya dari belakang dan pernah juga memfitnah saya..hmmm saya ambil masa yang lama untuk sembuh. Saya bermula segala-galanya dengan kepercayaan, tetapi kepercayaan itu bagaikan tidak ada nilainya . Bila saya hendak pulih, saya mula merasakan bahawa saya bermula dengan ketakutan.

I am annoyin person. I am not a good person walaupun  saya cuba untuk beberapa kali menjadi  nice person. Tetapi nampak macam tak sesuai dengan saya sebab nice person tu tak kekal lama dengan saya hahaha…tapi saya kasihkan semua orang yang berada disekeliling saya. Saya kasihkan guru-guru saya di aswara...…saya kasihkan kawan-kawan saya walaupun mereka buat saya seperti invisible…saya kasihkan keluarga saya walau apa pun sahaja badai  yang melanda….saya kasihkan semua itu kerana ianya datang dari Tuhan dan Tuhan tidak datangkan sesuatu dalam hidup kita dengan sia-sia.  

Kadang-kadang saya cuba jadi orang lain untuk orang lain. Kemudian awak, hati,  mengatakan tak ada nilai ke diri itu apabila menjadi diri sendiri dan akan hebatkah diri tu bila menjadi orang lain…hmmm betul jugak lalu saya  jadi diri saya sendiri. Saya yang tak bijak ni, saya yang tak cantik menawan ni…Saya menjadi diri saya walaupun saya tak punya apa-apa.

Ermm saya nak jauhkan diri pada seseorang sebab saya sudah tidak ada fungsinya lagi. If saya tak  ada fungsi untuk apa saya stay kan? Lebih baik saya pergi ke haluan saya dan kawan saya tu ke haluan dia. Jadi no hurt feelin ^_^

Saya sesuai to be alone…dan saya sukakannya…

Saya dan Hati saya yang baik + x  baik ni…huhuhuhu

Merapu saja…