Tuesday, February 23, 2010

Membebat luka.


Seorang sahabat menelefon aku ketika aku sedang berada dalam dunia Naratif Ogonshoto. Dunia yang 'dicipta' oleh Dato Anwar, memukau seluruh imaginasi ku , tiba-tiba dilesapkan oleh panggilan sahabat itu. Panggilan ku jawab namun dari telinga aku yang mendengar suaranya itu aku merasakan dia ditimpa musibah walau dia belum katakan apa-apa lagi.

Memang dia sedang ditimpa musibah. Aku bergegas meninggalkan kamar yang aman, Ogonshoto yang memukau dan coffee yang sedang hangat untuk bertemu sahabat itu.

Rupanya dia telah ditimpa kemalangan. Mujur dia dan motor tidak cedera...

Tetapi dia telah 'mencederakan' kenderaan orang. Dan harus membayar ganti rugi semula. Bayaran yang bukan calang-calang mahalnya!

Lalu si sahabat itu berkata padaku:

Musibah ni...Allah tegur aku. Aku lalai sangat masa cuti. Jadi Allah bagi teguran.

Aku mengiyakan. Mengiyakan.

Bukan untuk membuat dia merasa lebih susah hati, tetapi sebaliknya, jika kita menyebut tentang ujian, pasti akan merasa sejuk kembali dan percaya akan ada penyelesaian serta penawarnya.Jika kita percaya ada sesuatu yang tersurat bakal berlaku selepas musibah itu.


Takdir Allah itu sangat artistik.

Semoga Allah sirami hati sahabat itu dengan hidayah-Nya - Insya Allah.