and those who matter don't mind."
i
Benarlah kata-kata pujangga. Kita barangkali boleh melupakan manusia, peristiwa dan cerita atau pelbagai lagi, tapi kita tidak boleh melupakan rasa yang pernah kita lalui, yang pernah kita alami
Aku tidak mahu katakan ini musibah, bencana atau malapetaka. Aku selalu mengharapkan keredhaanNya dalam setiap perkara yang aku lalui. Kerana aku cuma manusia biasa, maka apakah salah aku berkata apa yang aku rasa?
Aku membenci hidup dalam situasi yang rasa diri diinjak-injak.Aku membenci semua perkara yang membuat aku tidak boleh jujur, tidak boleh ikhlas.Aku membenci semua rasa ini.
dan
kerana aku terlalu dahagakan kejujuran itu, aku melukai sekeping hati yang paling agung dalam hidupku.
Sekeping hati yang tidak mungkin dapat aku dengari bisik suaranya
Sekeping hati yang misteri..
ii
PeTA dan Latihan Ilmiah...
Mudah-mudahan aku dapat laluinya dengan baik sekali. Yang menganggu aku ada satu hal, kesulitan untuk mendapatkan naskah skrip filem yang telah aku pilih iaitu Puteri Gunung Ledang. Tanya di FINAS, agensi tersebut tidak menyimpan skrip filem itu. Tanya production house yang menerbitkan filem itu, jawapannya tidak kunjung tiba.
Tn Hj Rahim, penyelia untuk Latihan Ilmiah aku sempat 'bising' di dalam kuliah
" Dah tak ada tu tak usah degil sangat nak tunggu skrip tu, cari skrip yang lain pula. Masa dah tak lama ni.."
tapi...
Aku tetap nakkan filem Puteri Gunung Ledang sebagai bahan penulisan ilamiah aku...
iii
Aku melepaskan jawatan sebagai setiausaha projek bagi Karnival Keusahawanan Seni yang akan datang.
Walau ianya secara tidak rasmi, tetapi aku sudah berbincang dengan Penyek yang bertindak sebagai CEO bagi karnival itu.
Walaupun CEOnya tidak bersetuju, tetapi pilihan aku tetaplah yang itu. Lagipula...kerja-kerja fakulti lebih seronok untuk dikerja dan difikirkan...dan semakin memberat pula tu.
lebih baik jawatan yang diamanahkan oleh Dr Ridzuan itu aku serahkan kepada mereka yang boleh beri sepenuh komitmen.
Tidaklah aku berkeluh kesah dikemudian hari...
Cuma tinggal tunggu kata putus dari Dr Ridzuan, dan kemudian aku boleh menarik nafas lega.=)
iv
Gelagat-gelagat menjelangnya Syawal.
Sepanjang minggu ni aku tidak berbuka di hostel seperti yang sebelumnya. Berbuka di luar hostel dan selepas itu kaki ni berjalan melangkah ke Jalan TAR.
Sungguh meriah!
Dari pakaian untuk hari raya, kuih- muih, peralatan menghias rumah dan sebagainya, semuanya dijual dengan harga yang murah dan ada yang dilelong.
Bagi yang shopaholic, memang satu jalan TAR tu hendak diborongnya.
Aku..tidak pula membeli apa-apa untuk keperluan Hari Raya. Hanya menemani rakan-rakan yang sibuk nak mencari itu ini untuk diri,kekasih dan ahli keluarga tentunya.
Ada saja tarikan yang dilakukan oleh peniaga-peniaga di Jalan TAR ini untuk membuat kita melangkah masuk ke dalam kedai mereka.
" Lelong! Lelong.Beli satu percuma saya!"
" Ha...banya-banyak ni siapa nak pakai..."
"Kau gadisku yang cantik, cuba lihat aku disini.....bla..bla..."
" Ha..abang-abang ni tak ada makwe ke..singgahlah masuk beli untuk makwenya.."
Aiii.....macam-macam..
Syawal kali ini..
beraya tanpa mama..tanpa Orked...apalah maknanya...
Syawal kali ini,pasti syawal yang sunyi dan terasing untuk aku...
Tak apa lah...mungkin ada hikmahnya semua ini terjadi...
Aku tidak tahu apa yang terbaik untuk penyelesaiannya..tapi aku tidak berhenti berdoa semoga Allah tunjukkan kami jalan. Jalan yang lurus, benar dan baik untuk semua...
~AMIN~
.