Friday, November 19, 2010

Art For Nature Festival 2010

Jadi inilah kemuncaknya subjek bagi Keusahawanan Seni. Ini saatnya mempraktikkan segala pengetahuan yang telah diperolehi sepanjang hampir enam bulan kuliah. Untuk booth penulisan terdapat dua booth iaitu kumpulan dari Abang Nasir dan juga kumpulan dari aku sendiri. Dan hasil idea kak sara maka lahirlah


THE PARAGON CABIN

Apa yang ada di booth kami? Macam-macam ada ! Antaranya

  • Baju bundle koleksi daripada Yang Dipertua Pelajar Roydy Anuar atau nama glamour Roydy Rokydy berserta Marrulhuda Mawardi.
  • Buku-buku lama koleksi penyelia Latihan Ilmiah aku merangkap pensyarah iaitu Tn Hj Rahim Abdullah. Buku-buku lama tersebut dijual dengan kadar yang terendah. Ada juga buku yang tak diusik ( masih di dalam balutan plastik ) langsung oleh tuannya.
  • Buku lagi : Kami juga mempunyai karya agung sasterwan negara ke-10, Dato Dr Anwar Ridhwan Naratif Ogonshoto .
  • Buku-buku terbaik dengan harga terbaik dari Alaf 21 ,  Casa Delima dan juga novel karya MF Kencana.
  • Terdapat juga perfume original dengan harga runtuh! Hahaha!
  • Dan akhir sekali, kami juga menjual makanan serta minuman pada hari kejadian.
 Semoga fesival ini ( sepatutnya karnival kerana festival merujuk kepada perayaan ) ini memberi kami secebis pegalaman yang tak terlupakan....~ ^_^