Friday, March 27, 2009

makna sebuah kesyukuran


Hidup jika kita tidak belajar untuk menerima kegagalan dan kritikan kita tidak akan kemana…kata-kata itu sedang memujuk hatiku yang merusuh kerana kegagalan tadi. Ya..benar…aku sedang kecewa.Iklim kekesewaan itu malah makin membuatkan jiwaku membeku.Aku menyimpan angan-angan untuk menjadi hebat seperti guru-guruku yang sedang menumpahkan ilmu dan pengalaman mereka ke atas ku.Malah rasa cinta aku terhadap mereka membuak-buak apabila berhadapan dengan mereka.Mengagumi mereka ialah ispirasi impian.Petang tadi aku membuat satu pembentangan untuk subjek Sejarah Filem Melayu.Titik kegagalan aku bermula pada waktu itu.Aku tidak nafikan,pembentangan itu merupakan pembentangan terburuk pernah aku lalui.Isi yang tidak sempurna,kenyataan yang tidak meyakinkan dan pelbagia lagi seolah-olah persedian itu tidak mencukupi.Guruku tidak pula ‘reject’ pembentangan itu namun kertas kerjanya harus dibuat semula.Namun untuk aku jika diberi peluang aku inign membentang semula kertas kerja itu.Prinsip aku ialah kerana itu ialah proses pembelajaran,jika proses yang diterima itu tidak sempurna atau kata lainnya tidak seperti yang sepatutunya maka proses itu telah gagal.Hati aku pula memujuk,kita hanyalah seorang pelajar.Seorang pelajar tugas dan fokusnya ialah belajar.Belajar bukan sahaja melibatkan penerimaan dari guru-guru semata-mata bahkan ia merupakan pemberian maksudnya sumbangan kita terhadap pelajaran itu.Belajar juga bermakna untuk menerima kesalahan dan belajar daripada kesilapan itu. Dan perkara itu seharunya aku syukuri kerana itulah nikmat yang bakal dikenang setelah berjaya nanti.Nah…bukankah mudah ? Mengapa pula aku terus merajuk dengan diriku sendiri dan mengatakan yang tidak-tidak tentang diri sendiri sedangkan usaha itu telah aku lakukan cumanya kali ini bukan masa terbaik aku.Ya…bukan namun satu masa nanti masa yang terbaik pasti akan berulang..Insya-Allah…

‘Bermimpilah kerana Tuhan akan memeluk mimpi-mimpi itu ‘Arai dipetik dari novel Andera Herata…

Dan bermimpilah cirasakura kerana mimpi itu akan memeluk setiap harapan-harapanmu..dan ucaplah Syukur samada kau gagal ataupun berjaya…Amin…

Thursday, March 26, 2009

Benjamin Button...antara waktu dan falsafah hidup...

Filem ini saya tonton dan kemudian membuat analisis sebagai tugasan kelas Dr Mahadi j Murat.

Kebenaran yang menentang fitrah manusia secara azali.Filem ini mengisahkan semuanya tentang Benjamin Button(lakonan Brad Pitt ) mengisahkan kehidupan seseorang lelaki yang curious.Dilahirkan berwajah tua dan hodoh.Ayahnya membuangnya di rumah kebajikan orang tua di New Orleands.Benjamin Button tinggal bersama-sama dengan orang-orang tua dan dijadikan sebagaianak angkat oleh pembantu rumah kebajikan itu bernama Queenie lakonan Taraji P.Hones.Benjamin Button hanya kanak-kanak berusia 12 tahun namun dia kelihatan seperti 70 tahun.Tidak berdaya,lemah,tidak mampu berjalan dan bergantung kepada kerusi roda untuk bergerak.Benjamin Button belajar tentang hidup dan meneruskan hidup dengan orang-orang yang hadir didalam hidupnya.Dia belajar merasai nikmat kehidupan,merasai nikmat rumah pelacuran dan menjadi peminum.Benjamin Button kemudiannya berlayar.Dia meninggalkan New Orleands,Ibunya dan Daisy rakan zaman ‘kanak-kanaknya’. Pelayarannya ke negara-negara Eropah membawa dia ke kehidupan yang lebih mencabar,bertemu dengan Elizabeth dan kemudian menjalin cinta dengan wanita itu,berdepan dengan peperangan dan kacaunya dunia ini.Peperangan itu membuatkan dia kehilangan Kapten Mike yang terbunu akibat tragedi peperangan tersebut dan kerana kekecewaan itu,Benjamin pulang ke New Orleands.Bertemu semula dengan Daisy,kemudian menjalin hubunan cinta,berdepan dengan dugaan kematian I bunya Queenie dan mempunyai anak perempuannya hasil bersama dengan Daisy.Benjamin menghilangkan diri kerana menyedari bahawa dia tidak lagi boleh bersama dengan Daisy dan anaknya.Benjamin Button.Benjamin melalui idunya dengan masa yang terkebelakang,meragut hampir banyak masa depannya termasuk untuk hidup bersama dengan Daisy dan anaknya.

Saya memahami sesuatu bahawa itu ialah takdir Tuhan.Dengan takdir Tuhan apa sahaja boleh berlaku.dan manusia yang telah diberi kehidupan ini bertanggungjawab meneruskanya dalam apa jua bentuk.Walau aneh,walau serba kekurangan dan walau kehilangan malah mungkin belum pernah memiliki apa-apa yang boleh dimaknakan….hidup itu sebuah anugerah tidak ternilai yang wajib manusia laluinya dengan lapang dada dan ketabahan fikiran.Benjamin Button dan waktu yang dilaluinya adalah sebuah falsafah pemikiran tentang kehidupan kita yang buan dicipta dengan hanya satu bentuk.

Sunday, March 22, 2009

Dayung,citrawarna dan asam pedas Melaka

i Dayung

Sejak akhir-akhir ini lagu-lagu didalam album Dayung mengisi halwa telinga saya.Album Dayung milik guru saya Prof.Dr Wa Zawawi Ibrahim yang dihadiahkan beliau sewaktu kuliah Sosiologi Filem itu bukan sahaja menarik malah berjaya membuat saya bergendang dan menyanyi sama.Untuk mengulas lanjut saya bukanlah pakar didalam muzik namun untukku sesuatu yang baik haruslah dikongsi bersama.Sebanyk 12 buah lagu termuat didalam album Dayung.Antaranya ialah Pengembara Cinta(duet bersama Nuradee Brothers),Dayung,Sewaktu disisi,Ayu,Anak Dunia,KL Blues dan banyak lagi.Yang paling memikat hati saya ialah lagu Pengembara Cinta,Sewaktu disisi,Anak Dunia dan Dayung.Lagu-lagu berentak harmonika alam itu membawa saya seolah-olah mengembara ke rimba meneroka alam.Syabas Prof!

ii Citrawarna...The Real of Malaysia?

Malam semalam saya berkesempatan menyaksikan Citrawarna di Dataran Merdeka.Menariknya kerana disitulah kita dapat melihat betapa banyak pelancong-pelancong asing datang dan menyaksikan persembahan seni budaya negara kita.Saya sifatkan Citrawarna sepanjang tahun sama sahaja.Bezanya tema dan formasi sahaja.Apa yang ditonjolkan semalam secara asasnya telah saya saksikan tahun-tahun yang sudah.Mungkin betul teori guru saya,Dr ZulkifliMohamad yang menyatakan citrawarna adalah seni touristikal dimana persembahan semalam bukanlah seseuatu yang bersifat asli sebaliknya diubah untuk menimbulkan kemegahan,kemeriahan dan gilang gemilang dengan kostum yang pelbagai bwntuk dan warna.Apapun syabas sahaja buat Kementerian Pelancongan kerana menganjurkan gagasan yang sama saban tahun.

iii. asam pedas Melaka.

Rakan sebilik saya,Ain pelajar dari fakulti muzik baru pulang dari kampung halamannya yang terletak di negeri Melaka Bandaraya Bersejarah.Kepulangannya disambut mesra oleh rakan sebilik yang lain.Namun yang paling manis ialah kami dihidangkan asam pedas Melaka hasil air tangan ibunya.Sedapnya ampai saya dan rakan-rkan saya yang lain menghirup kuah asam pedas tu seperti menghirup sup.Sedap sehingga menjilat jari hehehe...Teringat saya pada papa saya yang begitu handal dalam masakan gulai asam pedas.Bilalah dapat merasa semula air tangan papa kan...?

Friday, March 13, 2009

Menghadap Tuhan


Biasanya yang mengakrabkan kita dengan Allah S.W.T ialah disaat kita sedang sakit dan berada didalam keadaan susah.Waktu itu semua dosa bagaikan terasa gugur.Begitu yang berlaku padaku hari ini dan sebelumnya.Keadaan kondusi badan yang tidak stabil (sekejap sihat sekejap sakit) agak merimaskan aku dan banyak membuatkan banyak aktiviti ku tertunda.Entah kenapa dengan tubuh ini.? Sepanjang minggu ‘dia’ mogok padaku agaknya.Pada mulanya aku diserang demam.Demam yang kemuncaknya benar-benar terasa apabila malam menjelma.Kesannya aku gagal menghadiri kelas pada keesokan harinya akibat daripada sindrom tersebut.Tidak cukup dengan itu,aku diserang penyakit keturunan iaitu asthma.Adoii…sakitnya hanya Allah sahaja yang tahu.Dan kemuncaknya aku dikejarkan ke klinik berhampiran oleh rakan sebilikku.Tubuhku betul-betul tidak stabil.Aku hanya tidur sahaja sepanjang hari.Bangun untuk ke tandas dan solat sahaja.Kepalaku terasa amat berat,dadaku bagai ditusuk-tusuk bilah pedang dan tubuhku bila berjalan seakan-akan melayang-layang ke udara.Doktor yang merawat aku tadi mengatakan bahawa darah aku sedikit turun namun tidak begitu menjejaskan dan tubuhku begitu letih.Aku pun tidak pasti mana puncanya keletihan aku itu.Cumanya aku mengalami keletihan fikiran mungkin kerana tugasan yang bagaikan hujan turun dari langit.Setakat itu sahaja.Aku tidak bergegas ke sini sana untuk berkerja atau membincangkan masalah negara.Dalam keadaan sakit (tika ini) aku masih mampu menulis entri ini.Mungkin kerana keletihan berehat sepanjang hari.Aku tidak membaca dan tidak juga membuat sebarang analisis mengikut rutin aku yng selalu.Tidak mampu untuk tika ini.Namun dapat aku rumuskan bahawa ini adalah ‘amaran’ dan peringatan daripada Allah supaya aku lebih menjaga dan mengutamakan kesihatan diri lebih dari perkara lain.Dan kerana kesakitan ini membuatkan aku lebih banyak berbicara dengan-Nya.Fahamlah aku bahawa sakit yang diturunkan Allah ini merupakan penghantar dari Allah S.W.T..Moga ada dosa yang gugur.Amin…

Wednesday, March 11, 2009

Waktu...

Waktu

Lihatlah ombak yang bermain mesra dengan pantainya.

Bayu laut yang meniupkan samudera membisikkan sejuta rasa

Bahasa angin itu datang menerjah masuk ke sanubari pemikiran ku.

Andai dada samudera ini bisa berbicara

Akan ku pegang janji sebagai teman semati

Dan biralah dada yang berbicara tadi menjadi saksi

Andai jasad ku ditelan bumi

Maka esok hari adalah hari penentuan.

Yang mendatangkan kita dan perbezaan

Andai roh ku ini terulit dan dibelit oleh bumi yang masih bernyawa

Biarlah esok yang menjadi pembicara hingga tiada noktah.

Aku Cuma pengembara dalam alam maya

Berjalan tanpa ku tahu

Jalan yang betul dan jalan yang salah

Andai esok aku punya waktu

Biar waktu itu menjadi sahabatku

Yang paling akrab

Menembus kedalam rahim hatiku

Hingga menjalar ke urat jantungku

Biarlah waktu menjadi pembicara yang paling petah dalam

Mengatur kata-katanya….

Apa yang tidak terluah

Semalam hari ulang tahun aku yang ke 22.Menyambutnya dengan rasa syukur atas kenikmatan yang telah Allah berikan sepanjang aku menghirup udara kasih-Nya.Bermakna sudah 22 tahun aku bernafas dengan udara-Nya.Disebalik aku menerima ucapan selamat hari jadi yang bertalu-talu dari ahli keluarga dan sahabat handai,aku tertanya-tanya sendiri,apa telah aku lakukan disepanjang perjalanan usia aku berlalu?Apa bakti yang telah aku lakukan kepada kedua orang tua ku,adik-beradikku,sahabat handai dan diri sendiri?Paling besar,apa bakti yang telah aku berikan kepada Allah S.W.T?.Maka aku menyelak semula diari-diari kehidupan yang tersimpan kemas dalam kotak pemikiran.Rasanya…belum ada apa-apa yang besar untuk dimaknakan.Tetapi tidak bererti aku tidak pernah cuba untuk melakukan apa-apa.Sekarang sahaja aku sedang menuntut ilmu,mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh papa dan mama, juga sebagai erti hidupnya aku didunia ini.Perjalanan hidup selama 22 tahun mungkin agak lama,namun untuk pengertian aku sendiri,waktu itu terlalu singkat untuk aku memahami apa sebenarnya hidup ini.Malah mungkin kita bakal memahaminya apabila saat malaikat maut sudah hampir sampai untuk menjemput.Aku juga pernah melewati jalan-jalan sukar dan musim-musim yang menyenangkan.Didewasakan oleh akal dan pengalaman padaku adalah kedewasaan yang paling bermakna selain didewasakan oleh papa dan mama.Dan untuk itu..terima kasih wahai pengalaman-pengalaman kerana mendewasaan aku seperti mana aku berdiri saat ini.

Dan untuk hari esok ialah kenyataan yang tidak terungkapkan.Seperti kata-kata papa,

Hidup ini tidak punya bentuk dan rasa.Yang ada hanyalah kenyataan yang akan kau jumpa pada hari esok.

Ucapan buat hari esok selamat menempuh aku? Hehehe…

P/s: Semalam mama menyanyikan aku lagu ‘Selamat Hari Jadi’.Suara mama lebih merdu dari seribu suara bidadari kayangan….sehingga aku menitiskan airmata kerana bgitu terharu…terima kasih ma…

Monday, March 9, 2009

Hendak Berlayar kemana bahtera kita?



Sejak akhirr-akhir ini,negara kita sekali lagi menerima ujian.Kali ini membabitkan isu bangsa dan bahasa.Negara digemparkan dengan perhimpunan beramai-ramai menentang PPSMI pada 7 mac lalu.Sayang sekali perhimpunan tersebut tidak dapat saya ikuti atas sebab yang tidak dapatdielakkan.Baiklah berbicara mengenai isu ini.Saya bukanla seorang yang pakar,tapi saya juga buknalah jenis orang yang bermata satu bertelinga dua.Pagi tadi dan juga semalam,saya membaca akhbar perdana.Dihadapan dada akhbar tersebut terpampang khabar mengenai perhimpunan PPSMI yang dilihat sebagai tidak beradab bagi pihak yang sebenarnya tidak bertanggungjawab.Rakyat ditipu media sekali lagi!

Perhimpunan itu bukanlah didalang oleh pihak pembangkang sepertimana yang digembar-gemburkan oleh pihak media.Perhimpunan itu bertujuan untuk menyatakan bantahan sekerasnya terhadap isu PPSMI setelah bantahan secara halus sudah tidak lagi relevan buat pemimpin kita yang buta lagi tuli! Bantahan ini ialah mengenai perlembagaan yang telah jelas dicabuli dan kita sebagai rakyat MALAYSIA hanya inginkan perkara yang baik dikekalkan dan ianya langsung tidak ada kena mengena dengan agenda politik atau yang seumpama dengannya.Kesalnya saya dengan media kerana semua laporan yang dibuat amat amat berat sebelah.Kenyataan demi kenyataan dikeluarkan oleh pihak pro PPSMI.Ada seorang timbalan menteri di sebuah kementerian(saya tidak sudi menyebut namanya disini) mengatakan bahawa bantahan dengan perarakan sedemikan bukanlah cara intelektual atau kata lainnya cara berpendidikan.Sedarkah si pembicara itu sejak bila PPSMI dibuat dengan cara berpendidikan?? Sejak bila PPSMI yang dibuat tanpa dibahaskan di parlimen dan tanpa bertanya kepada seisi rakyat jelata itu dikatakan berpendidikan??Sejak bila proses PPSMI ketika dilaksanakan dilihat sebagai berpendidikan??Pernahkan para juak pemimpin yang pro PPSMI masuk ke ulu-ulu dan desa kampung,melihat anak-anak kecil didesa belajar sains dan matematik dalam bahasa inggeris dengan mata kepala mereka sendiri??

Perhimpunan menentang PPSMI yang mendapat perhatian seluruh rakyat sebenarnya pada hakikatnya telah menggegarkan jantung para ‘pemimpin’ dan itu sebablah fakta mengenai perhimpunan tersebut telah dimanipulasikan oleh pihak media.Perhimpunan itu bukan mencatat angka 5000 tetapi 150 ribu ! Sudah terang lagi bersuluh yang sibuk hendak menafikan itu pasal apa?Kemudian keluarlah kenyataan Pak Mamanda Menteri yang jelek lagi dangkal hendak disebutkan disini.

Perhimpunan PPSMI diketuai oleh Sasterawan Negara,Dato A.Samad Said dan beberapa lag para pejuang bahasa.Apakah seorang sasterawan negara itu tidak berpendidikan?Apakah seorang manusia yang banyak melahirkan karya yang kita dewasa dan menjadi manusia dengannya dikatakan seorang yang tidak berpendidikan??Lihatkah dia dan tahukah dia siapa gerangan yang mengetuai para pejuang bahasa itu??.Dia adalah cendikiawan ilmu yang belum tentu si mulut celupar itu tadi layak berdiri disebelahnya!Dia adalah pejuang anak bangsa dan bahasa yang bakal termaktub dalam sejarah negara waima 50 tahun atau 100 tahun akan datang (akan sampaikah kita kesitu?)Jadi lihatlah dengan mata hati wahai pemimpin yang dipilih rakyat.tidak sedarkah anda bahawa anda telah mengkhianati bangsa,bahasa dan negara ?Dan…sepatutnya tiada lagi tempat untuk pengkhianat negara seperti mereka…


Wednesday, March 4, 2009

Rusuh dua benua...

Sengaja saya memilih tajuk ini memandangkan apa yang berlaku pada hari ini melibatkan dua tanah yang sama namun ‘dunia’ yang berbeza.Ingin saya tegaskan disini apa yang terluah bukan hendak menunjukkan kelemahan peribadi sesiapa sebaliknya pandangan saya yang sudad terdidik dan terbiasa dengan ketelusan semenjak saya berada di wilayah seni ini.

Pagi tadi setelah usai kelas Penulisan Cereka Moden 1 yang diajar oleh En Azman Ismail,saya dan rakan-rakan sekelas pergi ke café, cadangnya untuk makan dan minum bersama sambil itu boleh berborak-borak yang memungkinkan ada perisian atau borak saja-saja sahaja.Namun begitu suasana yang pada awalnya ceria bertukar menjadi ‘panas’ kerana ada satu polimik yang dicetuskan oleh saya sendiri.Namun begitu tidak ada niat untuk melukai sesiapa yang terlintas dihati hanyalah sebagai pandangan dan juga sedikit kritikan.Begini ceritanya,didalam kelas saya,ada tiga orang pelajar perempuan yang datang dari Tanah Kelantan.Saya percaya banyak orang sependapat dengan saya bahawa ‘orang kelantan’ ini kalau sudah berjumpa dengan ‘saingnya’….maka akan timbullah isu kenegerian yang sebenarnya harus dipupuskan semenjak Malaysia mencapai kemerdekaan.Teguran saya berasas kerana terlalu banyak situasi yang memungkinkan kritikan saya itu tepat.Contohnya,seorang sahabat saya yang memenag berasal dari Tanah Kelantan ini,biarlah saya namakannya sebagai A,sahabat saya yang seorang ini tidak boleh bergerak atau kata lainnya akan menjadi ‘lumpuh’ jika dikelilingnya tidak ada ‘saingnya’.Dia akan menjadi kera sumbang didalam kelompok yang lain.Namun jika dia sudah dipertemukan dengan ‘saingnya’ itu tiba-tiba dia menjadi pencerita yang ceria.Malah berkali-kali dia katakan kepada saya bahawa dia menjadi tidak biasa sekiranya bergaul didalam kalangan bukan ‘orang kelantan’.Saya jadi hairan,dari mana dia datang?(maksudnya saya faham dia berasal dari kelantan)Namun begitu pemikiran sebegitu sudah seharusnya diluputkan sahaja.Isu kenegerian sudah tidak menjadi lagi satu pedebatan sehingga ke Parlimen.Namun begitu saya jadi cukup hairan,kenapa perkara ini berlaku hanya dalamkalangan ‘orang kelantan’ sahaja?Kenapa tidak dinegeri-negeri lain?.Adakah orang-orang kelantan ini akan kehilangan jati diri sebagai anak kelantan sekiranya bergaul dengan oeag lain atau bercakap dalam bhasa yang satandard.Menyentuh mengenai bahasa,saya faham yang menjadikan orang kelantan begitu berpuak sehingga mewujdukan puak-puak qelate ialah bahasanya yang istimewa.Bayangkan,ssaya duduk bersama rakan saya yang ketiga-tiganya dari kelantan,mereka royak menggunakan bahasa kelantan yang sama sekali tidak dapat ditafsir oleh saya.Di situ menunjukkan betapa terasingnya saya didalam kalangan mereka.Apabila perkara ini saya luahkan,ianya menjadi kesinggungan yang tidak terbendung.Mereka tidak dapat menerimanya malahan dengan berani menyanggah kenyataan saya .Saya berkata bergitu kerana kenyataan saya diakui oleh rakan-rakan saya yang merasakan perihal yang sama.Saya tepuk dahi!Kesal dengan apa yang terjadi.Saya mengeluarkan falsafah skeptism didalam masalah ini namun ia jauh dari sangkan saya,mereka malah ‘menganjing’ dengan kata-kata saya itu dan seterusnya menarik muka mencuka dan mulut yang muncung dihadapan.alam hati aya tergelakkan mereka ini yang sedang belajar didalam kuliah yang sama dengan saya.Saya merasakan sudah tiba masanya mereka melakukan transformasi minda kerana jika mereka masih didalam pemikiran yang sama,sampai Malaysia mencapai wawasan 2020 pun mereka masih lagi berada didalam pemikiran ‘masyarakat primitif’ kelas ke!

P/s:Terima kasih kepada Sya,puak Kelantan yang sudah berjaya didalam trasformasi minda.Awak jauh meninggalkan kawan awak yang masih belum bangun didalam lena yang panjang.

Tuesday, March 3, 2009

Isu-isu semasa kehidupan

i PPSMI: Kesilapan Terbesar Sejarah Pendidikan Nasional

Sebelum saya berbicara lanjut,saya ingin menegaskan bahawa saya seorang pelajar dan apa yang saya luahkan ini ialah pemikiran saya sebagai seorang pelajar tanpa di pengaruhi oleh mana-mana pihak.

Pagi tadi,saya membentangkan tugasan penulisan drama pentas.Pensyarahnya ialah Dekan Fakulti saya Dato’ Dr Anwar Ridhwan.Ideanya ialah isu PPSMI dan tajuknya ialah PPSMI menyisihkan pelajar desa.Sebelum itu Dato ada bertanyakan kepada saya adakah saya ada terbaca artikal yang di siarkan oleh Majalah Siasah yang menemuramah beliau,saya menjawab ada namun artikel tersebut saya baca di blog seorang penulis,Faisal Tehrani.Saya meneruskan pembentangan idea saya ini untuk dijadikan sebuah drama pentas.Dan Allhamdullilah idea saya diterima baik malah banyak imput yang diberikan oleh Dato untuk menyempurnakan idea saya tersebut.Isu PPSMI sudah lama dekat dengan diri saya semenjak ia mula-mula dipraktikkan didalam sistem pendidikan nasional.Sistem tersebut jelas dan nyata mencabul Perlembagaan Persekutuan 152 (1) dan 152 (6).Ia juga secara terangan melanggar Akta Pendidikan 1996 dibawah seksyen 17 (1).Dato menjelaskan kepada saya bahawa sistem ini langsung tidak relevan kerana pertamanya ia secara terangan mencabul Perlembagaan Persekutuan yang menjadi tunjang di dalam kedaulatan Malaysia dan yang keduanya bahasa Melayu kita yang menjadi akar budi sejak zaman berzaman telah dirogol.Lebih sadis lagi bahasa Melayu kesayangan kita itu telah dirogol dihadapan anak-anak bangsa.Kemudian perogolnya berbangga dan mendabik dada kerana berjaya meragut maruah bahasa dan bangsa.Kasihannya bahasa Melayu kita habis lunyai dikerjakan perogol-perogol sehingga cedera parah.Ada ramai tangan-tangan yang ingin menghulurkan bantuan namun tangan-tangan itu kecil yang pastinya tewas ditangan-tangan besar para perogol bahasa Melayu kita.Saya sempat bertanyakan kepada adik saya,Orked yang kini sedang belajar di tingkatan 2 mengenai pembelajaran sains dan matematik didalam bahasa Inggeris.Saya bertanya kepada dia sejauh mana dia mampu pergi jauh dengan kedua-dua subjek yang diajar didalam bahasa Kolonial itu,adik saya terdiam,membisukan bahasanya.Saya faham akan kebisuannya itu.Saya jadi terfikir,untuk adik saya yang memang tidak mempunyai masalah penguasaan bahasa Inggeris kerana sedari kecil dia disogokkan oleh buku-buku bahasa Inggeris oleh kedua-dua ibu bapa dan kakak saya boleh jadi terdiam kerana soalan saya bagaimana pula dengan nasib rakan-rakan adik saya seusianya yang masih belum menguasai sepenuhnya bahasa penjajah itu??Nah ini satu petanda malapetaka kepada sistem tersebut kerana bagaimana anak-anak kecil dapat menguasai pelajaran sains dan matematik sedangkan penguasaan bahasa penghantarnya masih belum sempurna??Seperkara lagi,perogol-perogol Perlembagaan Persekutuan dan bahasa Melayu ini juga bukan sahaja perogol bersiri ,malahan penipu yang mahahebat dan mahabesar.Setiap tahun,KPM akan mengeluarkan peratusan turun naik keputusan peperiksaan bagi semua matapelajaran diseluruh negara.Menghairankan kerana KPM belum pernah jujur menyatakan peratusan turun naik bagi matapelajaran sains dan matematik didalam bahasa Inggeris semenjak ia dilaksanakan.Kalau naik pun sekadar 2 atau 3% yang memungkinkan ,markah lulus direndahkan 30 sehingga 20%. Ini public secret kata Dato’…Namun KPM bagai menegakkan benang yang basah,,,beriya-iya menyatakan bahawa sistem mereka itu cerdik dan pintar sedangkan pada hakikatnya sistem tersebut telah gagal sama sekali!Mereka Cuma malu untuk mengaku kepada rakyat jelata bahawa mereka telah silap besar dan jalan yang ada untuk menutup kecurangan itu hanyalah memanipulasi fakta yang nyata dan menipu rakyat kita yang bijak geliga . Sadis sungguh…

Dato berkata kepada saya dan rakan sekelas bahawa GMP bakal melakukan demostrasi secara aman ke Istana Negara pada 7 Mac ini bagi menyatakan bantahan sekerasnya terhadap isu PPSMI dan target bagi perarakan ini ialah 200,00o ribu orang.Paling melukakan ialah kenyataan yang dilkeluarkan oleh Si Ketua Perogol yang mengatakan sekiranya penyertaan tidak menepati jumlah,PPSMI akan diteruskan.Mata saya serta merta berkaca-kaca.Tengoklah bahasa…takdir kau terletak ditangan raja yang tiada takhta.MasyaAllah…