Tuesday, March 3, 2009

Isu-isu semasa kehidupan

i PPSMI: Kesilapan Terbesar Sejarah Pendidikan Nasional

Sebelum saya berbicara lanjut,saya ingin menegaskan bahawa saya seorang pelajar dan apa yang saya luahkan ini ialah pemikiran saya sebagai seorang pelajar tanpa di pengaruhi oleh mana-mana pihak.

Pagi tadi,saya membentangkan tugasan penulisan drama pentas.Pensyarahnya ialah Dekan Fakulti saya Dato’ Dr Anwar Ridhwan.Ideanya ialah isu PPSMI dan tajuknya ialah PPSMI menyisihkan pelajar desa.Sebelum itu Dato ada bertanyakan kepada saya adakah saya ada terbaca artikal yang di siarkan oleh Majalah Siasah yang menemuramah beliau,saya menjawab ada namun artikel tersebut saya baca di blog seorang penulis,Faisal Tehrani.Saya meneruskan pembentangan idea saya ini untuk dijadikan sebuah drama pentas.Dan Allhamdullilah idea saya diterima baik malah banyak imput yang diberikan oleh Dato untuk menyempurnakan idea saya tersebut.Isu PPSMI sudah lama dekat dengan diri saya semenjak ia mula-mula dipraktikkan didalam sistem pendidikan nasional.Sistem tersebut jelas dan nyata mencabul Perlembagaan Persekutuan 152 (1) dan 152 (6).Ia juga secara terangan melanggar Akta Pendidikan 1996 dibawah seksyen 17 (1).Dato menjelaskan kepada saya bahawa sistem ini langsung tidak relevan kerana pertamanya ia secara terangan mencabul Perlembagaan Persekutuan yang menjadi tunjang di dalam kedaulatan Malaysia dan yang keduanya bahasa Melayu kita yang menjadi akar budi sejak zaman berzaman telah dirogol.Lebih sadis lagi bahasa Melayu kesayangan kita itu telah dirogol dihadapan anak-anak bangsa.Kemudian perogolnya berbangga dan mendabik dada kerana berjaya meragut maruah bahasa dan bangsa.Kasihannya bahasa Melayu kita habis lunyai dikerjakan perogol-perogol sehingga cedera parah.Ada ramai tangan-tangan yang ingin menghulurkan bantuan namun tangan-tangan itu kecil yang pastinya tewas ditangan-tangan besar para perogol bahasa Melayu kita.Saya sempat bertanyakan kepada adik saya,Orked yang kini sedang belajar di tingkatan 2 mengenai pembelajaran sains dan matematik didalam bahasa Inggeris.Saya bertanya kepada dia sejauh mana dia mampu pergi jauh dengan kedua-dua subjek yang diajar didalam bahasa Kolonial itu,adik saya terdiam,membisukan bahasanya.Saya faham akan kebisuannya itu.Saya jadi terfikir,untuk adik saya yang memang tidak mempunyai masalah penguasaan bahasa Inggeris kerana sedari kecil dia disogokkan oleh buku-buku bahasa Inggeris oleh kedua-dua ibu bapa dan kakak saya boleh jadi terdiam kerana soalan saya bagaimana pula dengan nasib rakan-rakan adik saya seusianya yang masih belum menguasai sepenuhnya bahasa penjajah itu??Nah ini satu petanda malapetaka kepada sistem tersebut kerana bagaimana anak-anak kecil dapat menguasai pelajaran sains dan matematik sedangkan penguasaan bahasa penghantarnya masih belum sempurna??Seperkara lagi,perogol-perogol Perlembagaan Persekutuan dan bahasa Melayu ini juga bukan sahaja perogol bersiri ,malahan penipu yang mahahebat dan mahabesar.Setiap tahun,KPM akan mengeluarkan peratusan turun naik keputusan peperiksaan bagi semua matapelajaran diseluruh negara.Menghairankan kerana KPM belum pernah jujur menyatakan peratusan turun naik bagi matapelajaran sains dan matematik didalam bahasa Inggeris semenjak ia dilaksanakan.Kalau naik pun sekadar 2 atau 3% yang memungkinkan ,markah lulus direndahkan 30 sehingga 20%. Ini public secret kata Dato’…Namun KPM bagai menegakkan benang yang basah,,,beriya-iya menyatakan bahawa sistem mereka itu cerdik dan pintar sedangkan pada hakikatnya sistem tersebut telah gagal sama sekali!Mereka Cuma malu untuk mengaku kepada rakyat jelata bahawa mereka telah silap besar dan jalan yang ada untuk menutup kecurangan itu hanyalah memanipulasi fakta yang nyata dan menipu rakyat kita yang bijak geliga . Sadis sungguh…

Dato berkata kepada saya dan rakan sekelas bahawa GMP bakal melakukan demostrasi secara aman ke Istana Negara pada 7 Mac ini bagi menyatakan bantahan sekerasnya terhadap isu PPSMI dan target bagi perarakan ini ialah 200,00o ribu orang.Paling melukakan ialah kenyataan yang dilkeluarkan oleh Si Ketua Perogol yang mengatakan sekiranya penyertaan tidak menepati jumlah,PPSMI akan diteruskan.Mata saya serta merta berkaca-kaca.Tengoklah bahasa…takdir kau terletak ditangan raja yang tiada takhta.MasyaAllah…

1 comment:

DeQ-Wan said...

Dahsyat...semua yang berlaku disebabkan satu pihak yang tak bertanggungjawab...demi pentingkan diri sendiri, masyarakat desa sentiasa tersisih....kenapa mereka tidak terfikir bahawa semua itu tidak perlu digunakan. memang baik mempelajari english... tapi alangkah baik sekiranya ia digunakan untuk tujuan lain...misalnya menyapa pelancong asing... setidak-tidaknya....masyarakat mampu berbicara dalam bahasa inggeris tetapi dalam medium yang berlainan....
(Apa yang aku cakap ni ek....Sori aku tengah bengong sebenarnya... tak sihat harap maklum. Tengah Mamai lepas makan ubat)

wasilah membuka kata
maaf menerjah acara
pamit pohon dipinta