Saturday, January 31, 2009

Atas Nama Kemanusiaan...


Saya baru sahaja pulang dari Istana Budaya (IB) menyaksikan konsert amal Palestin Rayuan Dana Malam Amal Atas Nama Kemanusiaan yang dinaungi oleh isteri Timbalan Perdana Menteri Malaysia Ya Bhg Datin Paduka Seri Rosmah Mansor turut dihadiri oleh Sri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri A gong.Konsert amal tersebut dibarisi oleh artis-artis tanah air antaranya ialah kumpulan Raihan,Ramli Sarip,Misha Omar,Jacklin Victor,Mawi,Kumpulan Koir Dithyrambic,Aiman, Dato’ Siti Nurhaliza,Umie Aida dan Sahronizam Noor.Konsert kali ini memperlihatkan banyak penyertaan badan-badan korporat,NGO dan sumbangan rakyat Malaysia sendiri yang perihatin terhadap nasib saudara-saudara kita di Wilayah Gaza,Palestin.

Adalah satu peringatan kita rakyat Malaysia yang berada di bumi Malaysia ini untuk mensyukuri nikmat yang Allah SWT kurniakan kepada kita kerana kita hidup jauh dari kesengsaraan seperti yang dihadapi oleh rakyat Palestin.Persembahan tadi memang berniat untuk meruntun hati rakyat Malaysia.Saya sendiri tanpa saya sedari telah mengalirkan airmata apabila melihat visual-visual yang dipaparkan.Saya terbayangkan sekiranya yang dibedil peluru dan bom Israel Laknatullah tadi adalah bapa saya,ibu saya dan adik-beradik saya yang berada di ‘kampung’…bagaimanalah keadaan saya ketika itu.Lalu segera saya insafi akan takdir Allah.Subhanallah…

Satu peringatan yang besar untuk umat islam iaitu kita yang duduk didalam Tamadun Islam.Bagaimana pentingnya akan konsep ‘Wahdatul Ummah’ yang sememangya menjadi tanah dan tiang dalam Peradaban Islam.Ke manakah ingin kita bawa Tamadun Islam pada zaman angkasa ini?Adakan kita sedang dalam perjalanan menuju ke arah kehancuran atau sebaliknya?Jika melihat apa yang terjadi pada bumi Palestin,setakat manakah kita umat Islam segera menginsafi akan keperitan itu dan segera bertindak dengan ‘menghidupkan’ semula Wahdatul Ummah yang saya percaya ianya telah tersusut nilai oleh kelalaian umat islam itu sendiri.Percaya atau tidak yang melemahkan kita bukanlah pihak lawan tetapi adalah pihak yang rasakan mereka merupakan kawan dan saudara kita.

Tajuk akbar beberapa hari lepas melaporkan jutawan Arab membeli pemain Manchester City,Kaka pada harga 108 JUTA POUN STERLING….sedangkan saudaranya yang duduk bersebalahan itu sedang bermandi derita yang entah bila sudahnya.Entah mengapa suadara kita yang di Asia Barat itu buta dengan rasa..108 JUTA POUN STERLING…boleh menyelamatkan jutaan nyawa di Palestin…

P/S : Ketika saya duduk sambil menikmati makan malam bersama dengan rakan-rakan saya,saya tertanya-tanya,RM 10 juta yang dikumpul oleh rakyat Malaysia untuk bantuan di Palestin itu…berapa peratuskah yang akan sampai di Palestin..???

Thursday, January 29, 2009

Surat Kepada Tuan Rektor


Surat Kepada Tuan Rektor.

Salam Dari Daerah Lara…

Saya adalah anak bangsa yang bakal berjuang untuk bumi pertiwi ini.

Saya adalah anak bangsa yang telah diwasiatkan oleh datuk dan nenek saya untuk berjuang mendapatkan hak dan pendirian.

Saya adalah anak bangsa yang datang ke wilayah Tuan dengan segugus impian.

Saya adalah anak bangsa yang jiwanya sudah tertanam rasa syukur dan nikmat atas kurniaan penguasa alam.

Namun perjalanan saya di wilayah Tuan penuh lara.

Perjalanan saya di wilayah Tuan sarat dengan duka

Entah mana Tuan meletakkan nilai sebuah janji

Kepada saya pemegang waris bangsa.

Entah mana Tuan menilai sebuah kesungguhan

Dalam mengukur keadilan.

Entah mana Tuan ingin campakkan nasib kami yang dipegang oleh Tuan

Dan juak-juak Tuan.

Usah politikkan masa depan kami wahai Tuan Rektor…

Kerusi besar dan empuk yang Tuan duduki sudah habis lenjan dengan

Penipuan dan penindasan

Janji kosong…retorik yang petah untuk melemahkan jiwa

Dan entah apa lagi yang ingin Tuan lakukan

Demi menutup mata hati kami.

Tuan Rektor yang saya hormati.

Atas nama hormat dan penghormatan buat Tuan yang mulia

Saya ingin sampaikan pesan dari sejuta suara.

Meski suara ini bisa melenyapkan lena malam Tuan

Meski suara ini bisa mengenyangkan perut Tuan yang kosong

Saya setulusnya ingin Tuan fahami

Bahawa janji itu sesuatu yang pasti

Yang pada suatu hari nanti akan digali meski bumi ini sudah mati…


Wednesday, January 28, 2009

Cinta Si Buta Huruf

Tanah jiwanya lapang dan gersang

Sesekali ombak badai melanda

Menghanyutkan laraya ke terusan sepi

Matanya berbicara sayu

Mentafsirkan gejolak rasa yang sedang meradang didalam nuraninya

Kembali kepada asal diri

Siapa ‘dia’ tanpa’nya’ disisi..

Berjalan dan kemudian menoleh ke

wajah semalam

bingkainya kian retak ditelan masa…

sukar untuk mentafsirkan hati

terlalu payah untuk memahami realiti

benih-benih duka membiak didalam rahim hatinya

entah pada siapa di perdengarkan mendung suaranya

Dia ibu yang telah terluka hatinya

Kerana permatanya menjadi kaca yang menusuk jantung

Berdarah…dan tidak bisa kering…

Citrasakura

Kau Abadi dalam Perjuangan(buat saudaraku di daerah lara)


Lama sudah kau bermandi derita

Bumi mu sudah terlalu uzur untuk menanggungnya

Darah merah dan dendam mengalir dengan derasnya

Tidak tahu mana hujung sempadannya

Lama sudah dalam dearah luka

Langit birumu bertukar kelabu

Awan putih mu berarak duka

Sambil melaung-laungkan rasa sengsara

Tidak tahu bila hentinya

Aku adalah saudaramu

suaraku tidak terdengar olehmu

namun suara mu terngiang-ngiang dalam tidurku

Sumpah! Bahawa aku mengerti akan alam deritamu

Lalu aku kirimkan doa ke dada langit

Agar diturunkan kepadamu

Biar rahmat menghujani mu

Dalam tiap jalan perjuanganmu

Ku bukakan pintu ihsanku

Buat kau saudaraku

Aku tidak mampu menyeka airmatamu

Tidak aku mampu menahan hujan peluru dari langitmu

Tidak aku mampu mengubati luka parahmu

Aku Cuma mampu

Mendakapmu dengan rasa cintaku dan doa tulusku

Moga Tuhan menaungi mu

Di suatu wilayah abadi

Dimana disana kau berlindung dengan rahmatNya yang hakiki…

Citrasakura…


Salam Dari Benua Rindu



Aku bersama ‘rumah’ kita.

Sedang mencari jalan pulang

Ke tempat dimana asal kita sebenarnya…

‘Rumah’ kita telah lama usang

Hanya dihuni oleh suara-suara sunyi

Yang membingit hati…

‘Rumah’ kita telah lama gelap

Kerana cahaya cinta telah malap

sebenarnya jiwa kita telah lama terlelap

Aku bawa ‘rumah’ kita

Ke sebuah benua rindu

Moga disana akan menyatukan

Kita yang telah lama terpisah

Aku ingin kau dan aku bina’rumah’ kita yang baharu

Bukan dengan dinding dan atap kepalsuan

Bukan juga dengan lantai dan tanah kehancuran

Tapi adalah sebuah dunia

Yang bertabur rasa-rasa cinta

Aku ingin sebuah ‘rumah’

Yang boleh bawa kita ke syurga

Perjalanan ku penuh lara

Kerana ‘rumah’ yang ingin aku bina

Dilanda bandai tanpa suara…

Citrasakura…

Thursday, January 1, 2009

Kembali PadaNYA


Waktu ubun ku mencium bau sajadah

Harumnya bagai kasturi dari syurga

Sungguh aku terpaku pada keajaiban itu

Hatiku gerimis bila menyebut

Ilahi…Ya Rabbi…

Basah hatiku kerana merindui Mu

Ya Tuhan..

Dahulu..

Saat aku memiliki dunia

Kau jauh ku tinggalkan

Kau jauh dalam fikiran

Jauh…begitu jauh

Aku melupai Mu

Sampaikan ku rasa malaikat

Dikiri dan kanan ku memukulku

Dengan kuatnya

Namun,cinta Mu tak bisa lagi aku tinggalkan

Selangkah aku ke neraka

Kau datang kepadaku

Dengan khabar cinta yang luar biasa

Lalu sejadah ku peluk

Disitu aku temui kau semula

Bermula sepertimana sebelumnya..

Afwan Ya Allah

Kerana masih kasih kan aku

Syukrian Ya Allah

Kerana masih pilih aku

Hidup dalam hidayah Mu

citrasakura