Saturday, January 31, 2009

Atas Nama Kemanusiaan...


Saya baru sahaja pulang dari Istana Budaya (IB) menyaksikan konsert amal Palestin Rayuan Dana Malam Amal Atas Nama Kemanusiaan yang dinaungi oleh isteri Timbalan Perdana Menteri Malaysia Ya Bhg Datin Paduka Seri Rosmah Mansor turut dihadiri oleh Sri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri A gong.Konsert amal tersebut dibarisi oleh artis-artis tanah air antaranya ialah kumpulan Raihan,Ramli Sarip,Misha Omar,Jacklin Victor,Mawi,Kumpulan Koir Dithyrambic,Aiman, Dato’ Siti Nurhaliza,Umie Aida dan Sahronizam Noor.Konsert kali ini memperlihatkan banyak penyertaan badan-badan korporat,NGO dan sumbangan rakyat Malaysia sendiri yang perihatin terhadap nasib saudara-saudara kita di Wilayah Gaza,Palestin.

Adalah satu peringatan kita rakyat Malaysia yang berada di bumi Malaysia ini untuk mensyukuri nikmat yang Allah SWT kurniakan kepada kita kerana kita hidup jauh dari kesengsaraan seperti yang dihadapi oleh rakyat Palestin.Persembahan tadi memang berniat untuk meruntun hati rakyat Malaysia.Saya sendiri tanpa saya sedari telah mengalirkan airmata apabila melihat visual-visual yang dipaparkan.Saya terbayangkan sekiranya yang dibedil peluru dan bom Israel Laknatullah tadi adalah bapa saya,ibu saya dan adik-beradik saya yang berada di ‘kampung’…bagaimanalah keadaan saya ketika itu.Lalu segera saya insafi akan takdir Allah.Subhanallah…

Satu peringatan yang besar untuk umat islam iaitu kita yang duduk didalam Tamadun Islam.Bagaimana pentingnya akan konsep ‘Wahdatul Ummah’ yang sememangya menjadi tanah dan tiang dalam Peradaban Islam.Ke manakah ingin kita bawa Tamadun Islam pada zaman angkasa ini?Adakan kita sedang dalam perjalanan menuju ke arah kehancuran atau sebaliknya?Jika melihat apa yang terjadi pada bumi Palestin,setakat manakah kita umat Islam segera menginsafi akan keperitan itu dan segera bertindak dengan ‘menghidupkan’ semula Wahdatul Ummah yang saya percaya ianya telah tersusut nilai oleh kelalaian umat islam itu sendiri.Percaya atau tidak yang melemahkan kita bukanlah pihak lawan tetapi adalah pihak yang rasakan mereka merupakan kawan dan saudara kita.

Tajuk akbar beberapa hari lepas melaporkan jutawan Arab membeli pemain Manchester City,Kaka pada harga 108 JUTA POUN STERLING….sedangkan saudaranya yang duduk bersebalahan itu sedang bermandi derita yang entah bila sudahnya.Entah mengapa suadara kita yang di Asia Barat itu buta dengan rasa..108 JUTA POUN STERLING…boleh menyelamatkan jutaan nyawa di Palestin…

P/S : Ketika saya duduk sambil menikmati makan malam bersama dengan rakan-rakan saya,saya tertanya-tanya,RM 10 juta yang dikumpul oleh rakyat Malaysia untuk bantuan di Palestin itu…berapa peratuskah yang akan sampai di Palestin..???

No comments: