Showing posts with label Aku.cinta.hati.keluarga. Show all posts
Showing posts with label Aku.cinta.hati.keluarga. Show all posts

Saturday, September 4, 2010

Maaf...Saya Yang Khilaf~


“Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada kedua ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada keduanya sekalipun perkataan ‘ah’, dan janganlah engkau menengking mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia.” (Surah al-Israa’:23)

Firman Allah s.w.t. dalam surah Luqman ayat 14:
Maksudnya: “Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan atas kelemahan dan menceraikan susunya dalam masa dua tahun; bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibu bapamu; dan kepada Akulah tempat kembalimu.”


 Dari Imam Muslim daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda:
Mafhumnya: “Amat malanglah! Amat malanglah! Dan amat malanglah. Maka Rasulullah ditanya: Siapakah orang yang amat malang itu wahai Rasulullah? Baginda menjawab: Seseorang yang mendapati kedua ibu bapanya atau salah seorang daripada keduanya telah tua namun dia masih gagal memasuki syurga (lantaran gagal berkhidmat kepada mereka).”

Allah s.w.t. dalam firman-Nya:
Maksudnya: “Dan rendahkanlah dirimu kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah: Wahai Tuhanku! Kasihanilah mereka berdua sebagaimana mereka telah memelihara dan mendidikku semasa kecil.”
(Sural al-Israa’:24)

Astaghafirullah~~


Friday, September 3, 2010

Yang Tidak Terlupakan ii




"Be who you are and say what you feel, because those who mind don't matter, 
and those who matter don't mind."
 i
Benarlah kata-kata pujangga. Kita barangkali boleh melupakan manusia, peristiwa dan cerita atau pelbagai lagi, tapi kita tidak boleh melupakan rasa yang pernah kita lalui, yang pernah kita alami
Aku tidak mahu katakan ini musibah, bencana atau malapetaka. Aku selalu mengharapkan keredhaanNya dalam setiap perkara yang aku lalui. Kerana aku cuma manusia biasa, maka apakah salah aku berkata apa yang aku rasa? 
Aku membenci hidup dalam situasi yang rasa diri diinjak-injak.Aku membenci semua perkara yang membuat aku tidak boleh jujur, tidak boleh ikhlas.Aku membenci semua rasa ini.
dan
kerana aku terlalu dahagakan kejujuran itu, aku melukai sekeping hati yang paling agung dalam hidupku.
Sekeping hati yang tidak mungkin dapat aku dengari bisik suaranya
Sekeping hati yang misteri..
ii
PeTA dan Latihan Ilmiah...
Mudah-mudahan aku dapat laluinya dengan baik sekali. Yang menganggu aku ada satu hal, kesulitan untuk mendapatkan naskah skrip filem yang telah aku pilih iaitu Puteri Gunung Ledang. Tanya di FINAS, agensi tersebut tidak menyimpan skrip filem itu. Tanya production house yang menerbitkan filem itu, jawapannya tidak kunjung tiba. 
Tn Hj Rahim, penyelia untuk Latihan Ilmiah aku sempat 'bising' di dalam kuliah
" Dah tak ada tu tak usah degil sangat nak tunggu skrip tu, cari skrip yang lain pula. Masa dah tak lama ni.."
tapi...

Aku tetap nakkan filem Puteri Gunung Ledang sebagai bahan penulisan ilamiah aku...

iii
Aku melepaskan jawatan sebagai setiausaha projek bagi Karnival Keusahawanan Seni yang akan  datang.
Walau ianya secara tidak rasmi, tetapi aku sudah berbincang dengan Penyek yang bertindak sebagai CEO bagi karnival itu. 
Walaupun CEOnya tidak bersetuju, tetapi pilihan aku tetaplah yang itu. Lagipula...kerja-kerja fakulti lebih seronok untuk dikerja dan difikirkan...dan semakin memberat pula tu.
lebih baik jawatan yang diamanahkan oleh Dr Ridzuan itu aku serahkan kepada mereka yang boleh beri sepenuh komitmen. 
Tidaklah aku berkeluh kesah dikemudian hari...
Cuma tinggal tunggu kata putus dari Dr Ridzuan, dan kemudian aku boleh menarik nafas lega.=)

iv
Gelagat-gelagat menjelangnya Syawal.
Sepanjang minggu ni aku tidak berbuka di hostel seperti yang sebelumnya. Berbuka di luar hostel dan selepas itu kaki ni berjalan melangkah ke Jalan TAR.
Sungguh meriah!
Dari pakaian untuk hari raya, kuih- muih, peralatan menghias rumah dan sebagainya, semuanya dijual dengan harga yang murah dan ada yang dilelong.
Bagi yang shopaholic, memang satu jalan TAR tu hendak diborongnya.
Aku..tidak pula membeli apa-apa untuk keperluan Hari Raya. Hanya menemani rakan-rakan yang sibuk nak mencari itu ini untuk diri,kekasih dan ahli keluarga tentunya.
Ada saja tarikan yang dilakukan oleh peniaga-peniaga di Jalan TAR ini untuk membuat kita melangkah masuk ke dalam kedai mereka.
" Lelong! Lelong.Beli satu percuma saya!"
" Ha...banya-banyak ni siapa nak pakai..."
"Kau gadisku yang cantik, cuba lihat aku disini.....bla..bla..."
" Ha..abang-abang ni tak ada makwe ke..singgahlah masuk beli untuk makwenya.."

Aiii.....macam-macam..
Syawal kali ini..
beraya tanpa mama..tanpa Orked...apalah maknanya...
Syawal kali ini,pasti syawal yang sunyi dan terasing untuk aku...
Tak apa lah...mungkin ada hikmahnya semua ini terjadi...

Aku tidak tahu apa yang terbaik untuk penyelesaiannya..tapi aku tidak berhenti berdoa semoga Allah tunjukkan kami jalan. Jalan yang lurus, benar dan baik untuk semua...
~AMIN~

.