Saturday, June 9, 2012



Aku senang dengan keadaan ini. Duduk bersendirian dengan Tuhan. Mengisi dini hari dengan bermonolog kepada diri di hadapan Tuhan. Mengajak Tuhan agar berbicara denganku. Tentang hari yang aku lalui. Adakah Dia berpuas hati dengan apa yang telah aku lakukan pada hari ni? Tentang setiap keputusan penting yang aku lakukan apakah Dia redhai?Tentang permasalahan yang sukar untuk aku selesaikan oleh akalku. Tentang jalan-jalan buntu yang kadang kala menerpa hidupku. Tentang impian, tentang cinta dan semua tentang hidupku. Aku amat senang dengan waktu ini. Duduk berteleku membentang semua rinduku padaNya dan juga tentang persoalan-persoalan hidup serta takdir yang tidak aku fahami. Seringkali, sebaik aku berbuat begitu, entah aka nada satu suara, entah dari mana memberitahuku begini

“Ceritakan. Luahkan semuanya padaku. Aku mendengar.”

Tetapi ada satu ketika,suara itu hilang. Dan kadang-kadang suara itu tidak memberiku sebarang jawapan. Aku tenggelam di dalam setiap persoalan dan kekeliruanku. Entah mengapa aku merasakan Dia sengaja membiarkan aku melakukan apa mahuku, sedangkan aku menanti jawapan dariNya. Setiap aku kalah dengan keraguanku aku pasti meminta Dia untuk memberitahuku, jalan apakah yang harus aku ambil. Dan setelah beberapa ketika, suara itu muncul lagi

“Hatikau akan memberitahu perkara yang betul. Bukankah aku berada di dalam hatimu”

Kemudian aku senyum. Tenggelam timbul kerana jawapan itu. Ya, hati akan memberitahu dengan jujur tentang semua perkara yang membelenggu kita. Kadang-kadang kuasa sebuah rasa impaknya lebih besar dari kuasa minda.

Dan kali ini aku betul-betul inginkan kepastian tentang sebuah persoalan yang menojah hati dan fikiranku sejak akhir-akhir ini.

“Tuhan, bolehkah aku mencintai dia?”




No comments: