Monday, October 19, 2009

"Eh,kenapa menangis"?


" Eh ? Kenapa menangis?"

" la...awak menangis ke?"

" Mata awak memang macam tu ke ?"

" Tak sakit ke? Selesa tak?"

" Kamu menangis?"

" Oh memang mata kamu berair?Tapi tak ada sakit mata?Ada pergi check tak"?

Itulah reaksi-reaksi manusia-manusia yang aku jumpa terhadap mata aku.Semua orang akan fikirkan bahawa aku menangis kerana mata yang selalu bergenang air.Dah jadi lali.Tapi kadang-kadang penat juga nak menerangkan bahawa aku tak menangis pun!

Teman-teman yang rapat dah faham situasi aku dan adakala akan tolong jawabkan bila ada orang bertanya soalan yang sama "Eh kenapa menangis"?

Usop,kawan aku dari fakulti filem sampai cakap "kau ni bagus kalau berlakon watak sedih-sedih senang tak payah nak hipokrit nangis-nangis sebab airmata ori!"

Aku sambut dengan ketawa sebab memang lucu!

Aku beritahu mama,mama sarankan pergi check.Aku pergi kedia cermin mata dulu sebab aku jangka rabun aku semakin meningkat dan aku tidak boleh menghadap laptop dengan lama walau hanya untuk 10 minit! Aku ke kedai cermin mata dan buat pemeriksaan rabun,sah lah rabun aku dah naik teruk.500 power sampai kena marah macam mana boleh jalan-jalan tanpa bercermin mata!

Aku bertanya mengapa mata aku sering berair.Mereka tidak boleh menjawab malah menyarankan aku supaya berjumpa dengan pakar mata.Cuma mereka memberithu mata aku terlalu letih dan sensitif.Sensitif tu ya la...aku pun percaya mata aku sensitif.

Aku cerita pada mama.Mama balas dengan bebelan.Ungkit cerita aku masa kanak-kanak,suka membaca dalam gelap,suka tengok tv dekat-dekat,sampai besar suka tengok laptop berjam-jam sebab dia perasan perangai aku kat rumah bila mengadap laptop tak bergerak ke tempat lain!

Ye la kot...

Aku dinasihati keluarga supaya membuat pemeriksaan dengan segera kerana aku baru sahaja berusia 22 tahun dan mata ini perjalannya bersama aku mesih terlalu panjang Insya Allah.Aku pun sebenarnya memang berkehendakkan itu kerana aku dah mula merasai sesuatu yang tidak kena sekarang pada mataku..

Nikmat dan anugerah Allah harus dijaga dengan baik.Itukan amanah.Huh...tapi siapa yang boleh pinjamkan waktu untuk mata ku ini??

Jangan menangis...

No comments: