Wednesday, July 29, 2009


inilah orangnya yang selalu memujuk hati ku
kala ia sedang membungkam...

Pepatah Inggeris mengatakan :There is no place like home

'Rumah' selalunya terletak dimana hati kita berada.Dan....hati aku
saat ini memang betul-betul berada di rumah aku sendiri....coz there is no place like home.

dan..

Semalam...ada sesuatu yang tersembunyi meminta aku untuk berhenti berharap.

Tuesday, July 21, 2009

Apa-apa saja tentang hidup kita.

Menerima kiriman email dari Dalila semalam membuat banyak perkara yang menebak fikiran.Dia dan transformasi hidupnya.Ceritanya dan inspirasinya menarik sekaligus menarik-narik hati aku untuk berfikir secara mendalam tentang hidup.Tentang apa yang akan kita jadi dan apa yang bakal menjadi pilihan kita.Kami jarang berjumpa di kampus Academy.Dulu di Academy dia akan selalu melawat aku di bilik pada waktu malam kerana biliknya terletak bersebelahan dengan bilik aku.Tapi nanti bila semester kembali buka kami pasti jarang berjumpa.Tak mengapa ikatan persahabatan tak mungkin putus.

P/S: Terima Kasih Dalila.

Thursday, July 16, 2009

Kita dan Hidup.


Tuai padi antara masak
esok jangan layu-layuan
intai kami antara nampak
esok jangan rindu-rinduan

Lagu klasik Melayu yang dulu kerap aku nyanyi tetapi aku gagal mengingati penyanyi asal lagu ini.Aku merindui sahabat-sahabat ku.Sama ada sahabat-sahabat yang satu pengajian dengan aku di ASWARA mahupun sahabat-sahabat semasa zaman sekolah dahulu.Sejak-sejak akhir ini aku berjaya menamatkan musim rindu aku terhadap sahabat-sahabatku masa sekolah dahulu.Aku kerap terjumpa/terserempak dengan mereka.Ada diantara mereka masih kuliah dan ada yang telah berkerja sebaik pengajian mereka tamat.Adakala aku terasa ingin kembali ke zaman sekolah..zaman nakal-nakal apabila teringatkan mereka.Tapi tak elok rasanya meminta dari TUHAN untuk pulangkan kembali masa lalu ku dan ianya tidak akan mungkin terjadi lagi(mengikut fitrah alam).Aku gembira kerana setengah dari mereka telah menemui masa depan dan jalan bahagia macam aku...masih lagi sedang mencari dan akan terus mencari.Tak apalah...macam kata Dalila,teman rapat ku di ASWARA..hidup ini hanya sekali,tak salah kalau salah memilih...tak salah rasai semua kebodohan hidup..tak salah dan tak ada ruginya.Aku percaya walau hidup bagai satu perjudian atau lebih dahsyat lagi bagai di medan perang (hakikatnya hidup bagaikan peperangan:berperang dengan takdir dan kenyataan ) kita semua tidak ingin menganggap hidup merupakan perjudian yang merugikan sebaliknya ia perjudian yang menguntungkan hidup kita didunia dan juga di akhirat.Moga-moga begitulah.

Monday, July 6, 2009

citracinta


Semalam pulang ke rumah dalam jam 10.30 malam.Aku buka pintu,gelap,sunyi.Aku menghidupkan suis lampu.Tiba-tiba aku terdengar dinding-dinding rumah aku menjerit sepi.Huh...aku paling takut sendiri.Bukan kerana mungkin wujudnya makhluk ghaib (meski mereka ada) tapi kerana sendiri buat aku merasa sangat sunyi dan sunyi itu menyakitkan meski adakala ia indah.Mama,Mira dan Orked ke Muar kerana menguruskan event SuaRasa anjuran tv9 disana.Aku tidak ikut serta kerana berkerja.Sudah hampir lima hari aku sendiri di rumah.Terasa benar sunyinya dunia aku tanpa mereka.

Pulanglah cepat...

Saturday, July 4, 2009

Ada Yang Lebih Mengerti


Aku percaya pada hikmahnya Tuhan Yang Maha Mengerti
kerana itu tolonglah bebaskan aku dari belenggu
yang mendesak fikiran dan menyempitkan iman...

Sepanjang minggu ini mungkin bukan waktu yang baik untuk aku.Banyak perkara yang melelahkan fikiran menuntut aku untuk lebih banyak bersabar dan memilihnya sebagai satu ujian.Kerana aku tahu besarnya hikmah Tuhan untuk hambaNya yang bersabar.Namun kesabaran itu akhirnya aku leraikan dengan airmata.Mungkin itu saja cara untuk aku berdamai dengan hati dan perasaan sendiri.Adakala....aku berasa lelah hidup begini...adakala aku letih untuk menanggunggnya..adakala...tapi Tuhan pasti mengatur sesuatu untuk aku.Jadi aku pilih untuk bertahan.Ini bukan pertama kali aku diduga begini.Sepatutunya ia sudah jadi kekuatan aku.Tuhan...nyahkan pergi derita ini dari hidup aku...bilakah lagi masanya untuk aku benar-benar hidup gembira???


Thursday, July 2, 2009

makna sebuah cinta


walau apa pun yang terjadi diantara kita
jika salah seorang dari kita
tidak ada
dunia pasti akan terasa lain

Wednesday, July 1, 2009

menjejak jalan kenangan

i
Agak lama tidak menulis di entri sendiri.Keletihan berkerja mengekang aku untuk mengisi inspirasi.Namun aku sempatkan juga untuk membaca blog-blog kegemaranku.Semalam, sewaktu meminta pertolongan Amirah untuk mengemaskan buku-buku aku yang semakin lama semakin membiak,aku terjumpa satu buku yang belum terbuka lagi sampulnya.Buku berjudul The End of History and The Last Man tulisan Francis Fukuyama aku beli ketika shopping buku semasa Pesta Buku Antarabangsa di PWTC beberapa bulan yang lepas.Karya itu benar-benar menuntut aku untuk memahaminya.Penulis ini mengisytiharkan sejarah telah berakhir?.Disini aku turunkan sedikit sinopsis mengenai karya yang menggemparkan dunia politik antarabangsa ini.

Kehancuran Soviet dan keruntuhan Tembok Berlin merupakan perubahan dramatik pasca Perang Dingin dan menandakan kejayaan Kapitalisme dan demokrasi liberal di seluruh dunia.Francis Fukuyama turut meramalkan bahawa pada akhir sejarah tidak akan ada lagi ruang untuk bertarung mengenai ideologi-ideologi besar.

Karya yang penuh fenomena dan sangat optimistik...

Usai aku membaca buku tersebut,aku membaca sebuah lagi buku berjudul Aftar Midnight.Buku tulisan Robert Ryan itu sangat menyentuh kalbuku dari muka surat pertama lagi.Cerita mengenai Jack yang terpaksa berpisah dengan isteri dan anak perempuannya,Linda kerana dihantar ke Itali semasa Perang Dunia Kedua pada tahun 1944.Cerita bagaimana menghadapi kekejaman Nazi sangat meruntun hati dan bagaimana perjalanan Linda dalam menjejak kembali ayahnya yang telah hilang semasa Perang tersebut.

ii.
Semalam mama balik rumah lama.Entah apa yang dikemaskan dibiliknya,mama keluar dengan membawa beberapa keping album lama.Foto semasa aku dan mira masih kanak.Kebetulan waktu itu yang ada dirumah ialah kawan baikku Ida,jadi aku dan mira dah jadi bahan gelak dia.Tak apalah nasib baik Ida,kalau orang lain tak tahulah...bila mama keluarkan semula foto-foto lama tu,tiba-tiba hatiku jadi sebak.Ada kata yang tidak terluah dan ada rindu yang sedang membungkam..dan masa lalu itu tidak akan dapat dipuarkan kembali itu yang pasti..