Tuai padi antara masak
esok jangan layu-layuan
intai kami antara nampak
esok jangan rindu-rinduan
Lagu klasik Melayu yang dulu kerap aku nyanyi tetapi aku gagal mengingati penyanyi asal lagu ini.Aku merindui sahabat-sahabat ku.Sama ada sahabat-sahabat yang satu pengajian dengan aku di ASWARA mahupun sahabat-sahabat semasa zaman sekolah dahulu.Sejak-sejak akhir ini aku berjaya menamatkan musim rindu aku terhadap sahabat-sahabatku masa sekolah dahulu.Aku kerap terjumpa/terserempak dengan mereka.Ada diantara mereka masih kuliah dan ada yang telah berkerja sebaik pengajian mereka tamat.Adakala aku terasa ingin kembali ke zaman sekolah..zaman nakal-nakal apabila teringatkan mereka.Tapi tak elok rasanya meminta dari TUHAN untuk pulangkan kembali masa lalu ku dan ianya tidak akan mungkin terjadi lagi(mengikut fitrah alam).Aku gembira kerana setengah dari mereka telah menemui masa depan dan jalan bahagia macam aku...masih lagi sedang mencari dan akan terus mencari.Tak apalah...macam kata Dalila,teman rapat ku di ASWARA..hidup ini hanya sekali,tak salah kalau salah memilih...tak salah rasai semua kebodohan hidup..tak salah dan tak ada ruginya.Aku percaya walau hidup bagai satu perjudian atau lebih dahsyat lagi bagai di medan perang (hakikatnya hidup bagaikan peperangan:berperang dengan takdir dan kenyataan ) kita semua tidak ingin menganggap hidup merupakan perjudian yang merugikan sebaliknya ia perjudian yang menguntungkan hidup kita didunia dan juga di akhirat.Moga-moga begitulah.
1 comment:
nice blog...
Post a Comment