Wednesday, March 4, 2009

Rusuh dua benua...

Sengaja saya memilih tajuk ini memandangkan apa yang berlaku pada hari ini melibatkan dua tanah yang sama namun ‘dunia’ yang berbeza.Ingin saya tegaskan disini apa yang terluah bukan hendak menunjukkan kelemahan peribadi sesiapa sebaliknya pandangan saya yang sudad terdidik dan terbiasa dengan ketelusan semenjak saya berada di wilayah seni ini.

Pagi tadi setelah usai kelas Penulisan Cereka Moden 1 yang diajar oleh En Azman Ismail,saya dan rakan-rakan sekelas pergi ke café, cadangnya untuk makan dan minum bersama sambil itu boleh berborak-borak yang memungkinkan ada perisian atau borak saja-saja sahaja.Namun begitu suasana yang pada awalnya ceria bertukar menjadi ‘panas’ kerana ada satu polimik yang dicetuskan oleh saya sendiri.Namun begitu tidak ada niat untuk melukai sesiapa yang terlintas dihati hanyalah sebagai pandangan dan juga sedikit kritikan.Begini ceritanya,didalam kelas saya,ada tiga orang pelajar perempuan yang datang dari Tanah Kelantan.Saya percaya banyak orang sependapat dengan saya bahawa ‘orang kelantan’ ini kalau sudah berjumpa dengan ‘saingnya’….maka akan timbullah isu kenegerian yang sebenarnya harus dipupuskan semenjak Malaysia mencapai kemerdekaan.Teguran saya berasas kerana terlalu banyak situasi yang memungkinkan kritikan saya itu tepat.Contohnya,seorang sahabat saya yang memenag berasal dari Tanah Kelantan ini,biarlah saya namakannya sebagai A,sahabat saya yang seorang ini tidak boleh bergerak atau kata lainnya akan menjadi ‘lumpuh’ jika dikelilingnya tidak ada ‘saingnya’.Dia akan menjadi kera sumbang didalam kelompok yang lain.Namun jika dia sudah dipertemukan dengan ‘saingnya’ itu tiba-tiba dia menjadi pencerita yang ceria.Malah berkali-kali dia katakan kepada saya bahawa dia menjadi tidak biasa sekiranya bergaul didalam kalangan bukan ‘orang kelantan’.Saya jadi hairan,dari mana dia datang?(maksudnya saya faham dia berasal dari kelantan)Namun begitu pemikiran sebegitu sudah seharusnya diluputkan sahaja.Isu kenegerian sudah tidak menjadi lagi satu pedebatan sehingga ke Parlimen.Namun begitu saya jadi cukup hairan,kenapa perkara ini berlaku hanya dalamkalangan ‘orang kelantan’ sahaja?Kenapa tidak dinegeri-negeri lain?.Adakah orang-orang kelantan ini akan kehilangan jati diri sebagai anak kelantan sekiranya bergaul dengan oeag lain atau bercakap dalam bhasa yang satandard.Menyentuh mengenai bahasa,saya faham yang menjadikan orang kelantan begitu berpuak sehingga mewujdukan puak-puak qelate ialah bahasanya yang istimewa.Bayangkan,ssaya duduk bersama rakan saya yang ketiga-tiganya dari kelantan,mereka royak menggunakan bahasa kelantan yang sama sekali tidak dapat ditafsir oleh saya.Di situ menunjukkan betapa terasingnya saya didalam kalangan mereka.Apabila perkara ini saya luahkan,ianya menjadi kesinggungan yang tidak terbendung.Mereka tidak dapat menerimanya malahan dengan berani menyanggah kenyataan saya .Saya berkata bergitu kerana kenyataan saya diakui oleh rakan-rakan saya yang merasakan perihal yang sama.Saya tepuk dahi!Kesal dengan apa yang terjadi.Saya mengeluarkan falsafah skeptism didalam masalah ini namun ia jauh dari sangkan saya,mereka malah ‘menganjing’ dengan kata-kata saya itu dan seterusnya menarik muka mencuka dan mulut yang muncung dihadapan.alam hati aya tergelakkan mereka ini yang sedang belajar didalam kuliah yang sama dengan saya.Saya merasakan sudah tiba masanya mereka melakukan transformasi minda kerana jika mereka masih didalam pemikiran yang sama,sampai Malaysia mencapai wawasan 2020 pun mereka masih lagi berada didalam pemikiran ‘masyarakat primitif’ kelas ke!

P/s:Terima kasih kepada Sya,puak Kelantan yang sudah berjaya didalam trasformasi minda.Awak jauh meninggalkan kawan awak yang masih belum bangun didalam lena yang panjang.

2 comments:

DeQ-Wan said...

salam wasilah.
aku dah sedar benda tu lama... tapi aku pendamkan saja...tak mahu ada yang melenting bila aku bukak suara. tapi itulah hakikatnya kak. mereka mementingkan puak tanpa memikirkan kewujudan orang lain.... tapi kau harus lupa kan.... biar kita yang memendam,... nyahkan perasaan tu kak....mereka pun tak memahami erti kata MULTIRACIAL....mereka tak ada ciri-ciri e2 sebenarnya...memang kita akan jadi skeptism....

ITULAH HAKIKATNYA

Cinta Al-Aqsa said...

Kanda kagumi kaedah adinda pengutarakan ketidakpuas hatian terhadap perkara ini dihadapan pihak A sendiri.Bak kata Marsli N.O, bercakaplah benar walaupun pahit.