Friday, February 27, 2009

Salam buat Pendamai Jiwa

Dialog seorang ayah kepada seorang anak masih tersimpan kemas dalam lubuk pemikiran aku.Dialog itu menjadi yang pertama selepas musim dingin yang membeku.Hanya kerana rungutan aku terhadap tekanan hidup sebagai seorang pelajar,ayah ku naik ke Kuala Lumpur untuk mendengar dari mulutku sendiri apa yang terjadi .Antara percaya dengan tidak percaya,aku merasakan ayahku baharu sahaja pulang dari tanah pengembaraan.Melontarkan kata-kata yang menerbitkan mutiara dalam hati aku sendiri.Itulah yang pertama selepas musim-musim yang mencengkam jiwa.Setelah ayahku mendengar luahan rasa ku,permasalahan yang sedang bergelodak dan perkembangan aku bergelar pelajar,ayahku datang sebagai pendamai jiwa.Meleraikan rusuh hatiku yang sedang meruntas,dan kata-kata itu bakal melindungi aku dari kelukaan-kelukaan disepanjang jalan kehidupan.Lama percakapan itu,aku menjadi pendengar yang setia,menangangguk sekali-sekala dan adakala mencelah.Bagi ku ayah ku penghantar dari Tuhan (Allah S.W.T) yang datang dengan seribu ketenangan di saat aku berada di daerah kepayahan.

Ayah ku berkata : Jangan pernah mengalah dengan keadaan yang mencetuskan pengalaman.Kerana pengalaman itu mendewasakan kita.Belajarlah dari pengalaman seperti mana kau belajar dari buku.Di mana kau akan membaca,menilai,berfikir dan mentafsir seterusnya akan menjadikan kau sama ada manusia ataupun orang

Ayah berkata lagi : Hidup ini tidak punya rasa,rupa dan bentuk,yang ada hanyalah kenyataan yang akan kau jumpa pada hari esok.

Dari benua rindu,

Salam Buat Pendamai Jiwa…

3 comments:

DeQ-Wan said...

memang benar kata pujangga "purnama" indah usah dipuja....tenang... pedulikan apa yang berlaku... nyahkannya dari jiwa mu wahai kakak ku yang comel... tuhan sedang menguji...kuatkan hati.....tabahkan dirimu... mereka yang mengata bukannya tuhan untuk mengubah dirimu.... ingat tu....

DeQ-Wan said...

takkan ada lah yang nak curi gambar tu. orang dah pasang perangkap awal-awal sebelum buat blog tau...And aku dah post lagi blog....luahan jiwa untuk aku hari ini.

DeQ-Wan said...

aku tahu...tapi kadangkala aku rasa..adakah pilihan aku untuk ke sini betul atau tak. mungkin kelebihan semua tu bukan ada pada aku...