Aku senang dengan keadaan ini. Duduk
bersendirian dengan Tuhan. Mengisi dini hari dengan bermonolog kepada diri di
hadapan Tuhan. Mengajak Tuhan agar berbicara denganku. Tentang hari yang aku
lalui. Adakah Dia berpuas hati dengan apa yang telah aku lakukan pada hari ni?
Tentang setiap keputusan penting yang aku lakukan apakah Dia redhai?Tentang
permasalahan yang sukar untuk aku selesaikan oleh akalku. Tentang jalan-jalan
buntu yang kadang kala menerpa hidupku. Tentang impian, tentang cinta dan semua
tentang hidupku. Aku amat senang dengan waktu ini. Duduk berteleku membentang
semua rinduku padaNya dan juga tentang persoalan-persoalan hidup serta takdir
yang tidak aku fahami. Seringkali, sebaik aku berbuat begitu, entah aka nada
satu suara, entah dari mana memberitahuku begini
“Ceritakan. Luahkan semuanya padaku.
Aku mendengar.”
Tetapi ada satu ketika,suara itu
hilang. Dan kadang-kadang suara itu tidak memberiku sebarang jawapan. Aku
tenggelam di dalam setiap persoalan dan kekeliruanku. Entah mengapa aku
merasakan Dia sengaja membiarkan aku melakukan apa mahuku, sedangkan aku
menanti jawapan dariNya. Setiap aku kalah dengan keraguanku aku pasti meminta
Dia untuk memberitahuku, jalan apakah yang harus aku ambil. Dan setelah
beberapa ketika, suara itu muncul lagi
“Hatikau akan memberitahu perkara
yang betul. Bukankah aku berada di dalam hatimu”
Kemudian aku senyum. Tenggelam timbul
kerana jawapan itu. Ya, hati akan memberitahu dengan jujur tentang semua
perkara yang membelenggu kita. Kadang-kadang kuasa sebuah rasa impaknya lebih
besar dari kuasa minda.
Dan kali ini aku betul-betul inginkan
kepastian tentang sebuah persoalan yang menojah hati dan fikiranku sejak
akhir-akhir ini.
“Tuhan, bolehkah aku mencintai dia?”