Sunday, August 14, 2011

Permintaan Hati


Ini. Detik ini detik satu per tiga malam. Aku ingin berdoa sebanyak-banyaknya. Hati aku meronta-ronta meminta aku untuk berbuat demikian. Aku mengharapkan Tuhan akan mendengari aku.
Tetapi, adakala terbit suara dari celah hati
"layakkah aku meminta-minta daripada-Nya?".Sedangkan aku sering berbuat dosa. Sering melakukan perkara-perkara yang membuat Dia murka dan marah. Perkara-perkara yang membuatkan aku terkeluar dari senarai penerima rahmat-Nya.

Adakah Dia benar-benar sudi mendengari aku? Sudi  memelukku dan melindungi hatiku dengan kasih dan sayang-Nya yang tidak terperi mahalnya. Sedang aku sibuk menggendong dosa-dosa yang maha banyak yang bakal aku pikul di akhirat kelak. Tuhan...hanya Kau yang Maha Tahu. Hanya kau yang Maha berhak untuk aku meminta ampun. Untuk kali ini, maafi aku Tuhan.

Aku ingin berdoa..ini keperluan aku di saat aku menghampiri fasa yang lelah dan dingin di dalam hidupku. Lantas kerana kurangnya rasa syukur dan ikhtiar dalam memperjuangkan kehidupan.

Tuhan..air mata sepertiga malam ini bakal jadi saksi insaf sebuah hati.

Ampunilah dosaku dan kedua-dua ibubapaku Ya Allah. Lapangkan hatiku dan hati mereka dalam menerima hidayah-Mu Ya Allah. Lindungi aku dan mereka dari bencana dan malapetaka yang tidak tertanggungkan peritnya. Kuatkan hati aku dan mereka dengan secebis iman yang Kau berikan. Ya Allah, Kau lindungilah hati ibuku ibuku ibuku dan ayahku Ya Allah. Jangan Kau biarkan mereka dalam dilema yang menyesatkan dan melemahkan mereka. Lapangkan hati, gembirkan dan bahagiakanlah mereka berdua disaat aku masih belum mampu berbuat begitu kepada mereka. Janganlah kau siksa mereka di dunia mahupun di akhirat. Berilah mereka cahaya yang akan menerangi jalan hidup mereka di sepanjang jalan kehidupan...

Kasihlah kepada kami Ya Allah....Kami juga sangat kasih kepada-Mu. Tuhan semesta alam. Tuhan Maha Mendengar dan Maha Pemberi Rahmat.Tuhan Yang Maha Pengampun. T_T








Saturday, July 30, 2011

Mengakrab mimpi.



"Listen to the mustn'ts, child. Listen to the don'ts. Listen to the shouldn'ts, the impossibles, the won'ts. Listen to the never haves, then listen close to me... Anything can happen, child. Anything can be." 
                                                                                                                                                                                     ~Shel Silverstein~


Yeah...Anything can be.ANYTHING


Including this...Including this...


I have a dream and i'm sure everyone has a dream too. 


But, sometimes dream buat kita rasa tak pasti. Walau dalam hati kuat mengatakan
"Fiq, u will be there one day nanti...yes you will.All  you have to do is to put your trust on it."


Yes..it's start from PERCAYA


Sudah tiba waktunya untuk berdoa pada sesuatu...



Sunday, July 10, 2011

for me, life is no secret...


we lose some, we win some....this is life about...

i don't remember who said this to me but as i tahu, ada orang cakap, don't think too much about the future. future is something we need to plan, not to think...hmm kalau tak fikir dulu macam mana nak plan...apa-apa pun kena lah fikiir dulu....rite?

AND! 


ada sesuatu in this life  susah untuk dijelaskan oleh takdir and nasib. In fact people always dahagakan penjelasan.if tak dapat jawapan selagi tu la dok fikir, apa akan jadi, nak jadi apa, apa jadi kalau things we plan tak menjadi...its too many questions! Haihh....

people are so complicated. Life too!

Monday, July 4, 2011

sometimes life is not about people...

Kadang-kadang apa yang kita buat...apa pun tak kira perkara kecil atau perkara besar....dan apabila kita telah mencapai sesuatu matlamat  itu walau kemungkinan di mata orang itu hanya suatu pencapaian kecil sahaja, ia tetap suatu pencapaian.Di mata orang, tak kira how hard kita mencuba dan telah mencapainya, people still tengok kita like we're nothing...NOTHING


BUT

Life is not aboout apa yang orang fikir tentang kita.Life is about apa yang kita percaya. Things yang aku buat bukan untuk buktiikan kepada orang semata-mata, but to prove to my own self. Its hard untuk menghadapi pandangan-pandangan skeptikal orang tentang diri kita, but once again life is not about apa yang orang fikir tentang kita sebaliknya apa yang kita fikir tentang diri kita

dan...Aku masih lagi percaya.

Pada apa kata hati.

Tuesday, June 28, 2011

Pasca 2 jun 2011

Things i need to to!

1 Kerja! Saya membuang begitu banyak waktu dan duit duduk-duduk tanpa melakukan apa-apa


2 Setelah menghabiskan duit, saya perlu mengumpulnya semula. Resah tatkala membuka dompet, duit dah bertukar menjadi resit.


3 Menulis!

Monday, June 27, 2011

Ada orang berkata, jangan berhenti selagi terdaya untuk berlari. Jika tidak pun berjalanlah, jika tidak pun merangkaklah...asalkan tidak berhenti.

Bagaimana jika waktu yang terhenti?

Bagaimana jika sampai satu masa nanti ia akan terhenti dan mengugurkan semua mimpi.?

kerana waktu punya banyak kuasa dalam merubah manusia. Merubah kita.


dan...

 Merubah apa yang kita percaya .

Saturday, May 7, 2011

Let me...


Today is Mother's Day~~~Happy Mother's Day Mama~~

When i write this entry~~ my heart is full with tears~~ I MISS HOME BADLY~~I MISS EVERYTHIN AT HOME...I WANNA GO HOME...LET ME GO HOME.......T_T

Tuesday, April 26, 2011

For once in my life



~...Dan kerana itu aku mencuba untuk menerima apa sahaja perkara  dengan sebaik-baik cara...~

Wednesday, April 20, 2011

Tuesday, April 5, 2011

Terasa Nak Menulis....


setelah merasa seserabut ini...Begitu banyak yang  berubah. Hati. Hala tuju. Semangat.dan juga persahabatan.

Berada di tahun akhir pengajian, berdepan dengan sebuah kenyataan bahawa tahun ini merupakan tahun yang sukar, melelahkan dan juga penuh duri-duri yang melukakan. 

i
Aku sudah hampir...begitu hampir untuk menyiapkan projek akhir.Semakin hampir tetapi masih terasa ada begitu banyak perkara tidak dilunasi lagi. Ubah yang ini, tambah yang itu, tolak yang ini....masih tidak siap-siap juga. Selain harus memberi fokus yang penuh terhadap projek akhir, terdapt beberapa lagi kuliah yang harus diberi keutamaan. 3 Mei 2011 bakal membentang kertas kerja untuk kuliah Semiotik di dalam Penulisan Kreatif dan pada keesokan harinya 4 Mei 2011 akan membentang untuk seminar lakon layar. Moga-moga semua urusan dipermudahkan Allah s.w.t. Aku benar-benar mengharapkan yang terbaik untuk kali ini.

ii
Muim belum berakhir...tetapi seakan-akan aku ingin menamatkannya dengan lebih awal lagi. Sukarnya dikala ini untuk aku mentafsirkan perasaan sendiri. Dikelilingi oleh persekitaran yang menimbulkan 'negative energies' dalam diri. Terasa semua yang berada di kiri dan kanan adalah sebuah penipuan.Penipuan yang membenamkan segala kebenaran. Muak dengan perkara-perkara remeh, tolol dan menyesakkan fikiran. Tetapi setiap kali aku memilih untuk menjauh, tiap kali itu aku akan tetap terheret sama. 

Aku belajar dari setiap kelemahan diri...tetapi manusia terkadang cara belajarnya juga lemah. Aku belajar kesetiaan, kebaikan hati,kekuatan diri,dan ketelusan dalam berkata-kata dari mama. Aku belajar berdikari,erti sebuah kehidupan, kekecewaan, kasih sayang, pengorbanan, pengkhianatan juga sesuatu yang membuat aku ingin merubah segala persepsi tentang hidup dari papa. Dan. Setelah aku belajar dari kedua-duanya aku menjadi diri aku sendiri. Dan pengalaman belajar  itu  menjadi kubu untuk menahan rasa yang aku alami kini.

Tetapi dalam banyak pelajaran yang aku terima, aku belum pernah terima pelajaran untuk mengubati kelukaan akibat menerima persahabatan yang palsu. Yang ini benar-benar perit untuk ditanggung! Terima kasih untuk kenangan-kenangan yang palsu juga!

iii
Aku melalui waktu-waktu yang baik juga ditengah-tengah waktu yang meribut. Terima kasih kerana Allah masih tinggalkan aku sahabat-sahabat yang masih lagi telus Aina Nabila, Dalila, Linda, Syiqin, Peanut, Cik Ain dan John yang aku kasihi ,kedua-dua junior yang comel Maria dan Min.....terima kasih kerana menjadi penawar =)

Betapa sayangnya aku pada kehidupan ini. Betapa aku ingin berterima kasih kepada Allah kerana rasa-rasa ini. Betapa aku merasa Allah tidak ingin aku menjauhi-Nya....Betapa aku harus belajar bahawa sepahit-pahit hidup, manisnya tetap ada.

Tuesday, January 11, 2011


TUHAN...DENGARILAH AKU...