Tuesday, January 12, 2010

Di sebuah wilayah yang lain.


Ada perkara yang benar-benar mengganggu fikiran aku lewat kali ini. Dan perkara itu pula tidak dapat pula aku kawal. Barangkali esok ada jawapannya...

i

Tidak terasa sudah hampir dua tahun aku menghuni masaku di wilayah seni ini. Tak terasa. Kali ini udara di wilayah ini benar-benar berbeza. Udara yang menghilir sehingga ke ulu hati ku dahulu entah menghilir ke mana kini. Serasanya...masa itu sudah membawanya ke haluan yang lain. Entah bagaimana pula untuk aku menjejak semula udara itu.Tiada terkesan.

ii

Jika ada sebuah mesin pemutar masa...aku ingin kembali sewaktu aku berada di tingkatan enam. Masa-masa yang indah banyak aku lalui ketika berada di bangku STPM itu. Masa-masa yang membawa aku sebuah dunia dan cinta yang lain. Hampir empat tahun berlalu... tiba-tiba kelmarin seseorang hadir menghantar aku semua kenangan-kenangan itu. Harus aku letak di mana masa duluku yang sarat itu.?

5 comments:

Adinda Bea said...

barangkali untuk menghirup kembali udara lalu, mungkin akan membangkit kan kembali aura rasa yang sekian lama menghilang. Mungkin saja dapat mengubati kosongnya jiwa yang terpendam tak terucap.Jangan pernah takut umtuk sesekali menoleh ke sejarah lalu, yang mungkin saja memberi kebahagiaan. walau sekejap cuma.. :p

Adinda Bea said...

barangkali untuk menghirup kembali udara lalu, mungkin akan membangkit kan kembali aura rasa yang sekian lama menghilang. Mungkin saja dapat mengubati kosongnya jiwa yang terpendam tak terucap.Jangan pernah takut umtuk sesekali menoleh ke sejarah lalu, yang mungkin saja memberi kebahagiaan. walau sekejap cuma.. :p

Nur Fatiha Fadila said...

Assalammualaikum, CitraSuka.

Saya juga mengalami yang sama seperti saudara. Tidak tahu sudah ke mana hilangnya angin itu yang tidak mahu lagi menyapa kini.

Semoga kita kuat menghadapinya.

citrasakura said...

Adinda Bea,

untuk pertama kalinya akak tak merasa wilayah kita ini mampu menjanjikan kita 'cinta' dan udara yang sama. Akak tak pernah takut untuk menoleh ke sejarah lalu tapi sesungguhnya takut untuk berhadapan dengan masa akan datang...

Mungkin hati belum sepenuhnya kuat.

citrasakura said...

Wardah,

masa kita kian sangat getir.

semoga kia sama-sama kuat menghadapinya.

semoga berjaya.!