Kakak melihat seorang kanak-kanak…
Lelaki…
Mengutip makanan diatas jalan
Pasti dia dari wilayah lara
Lalu menyuapkan makanan itu kedalam mulutnya
Dan perutnya akan menjerit kekenyangan meski kosong
kakak teringat kamu apabila melihat gambar itu
Mengenangkan bagaimana jika kanak-kanak itu ialah kamu
Mengenangkan jika kamu terbiar sengsara begitu
Bagaimana jika dunia ini berlaku kejam keatas mu
Lalu
Mutiara jernih mengalir dari tubir hati
Sederas sungai yang mengalir hiba
Orked …
Untuk itu
Perlu kamu sentiasa bersyukur
Bersyukur dengan kelebihan dan kekurangan kamu
Bersykur kerana kamu tidak ditempatkan diwilayah itu
Kamu berada di wilayah cinta
Hati dan jantungnya ialah urat kasih dan sayang
Dan jangan
Kerana cinta dan kasih sayangmu
Menjalar didalam urat itu.
Kakak kesal kerana belum pernah selalu berada dekat denganmu
Lama kakak menghimpun rindu
Untuk dipersembahkan kepadamu
Orked
Belajarlah hidup
Seperti rakan-rakanmu yang berada di wilayah lara itu
Mereka tidak memiliki seperti apa yang kamu miliki
Jadi harus kamu menadah syukur
Ke atas tangan Ilahi
Dan jangan lupa untuk
Bersujud cinta berahi
Orked sayang
Kita juga pernah melewati musim-musim lara
Tergantung diranting rindu
Berumah di atap sengsara
Namun tanah yang kita pijak
Ialah tanah kasih sayang kamu dan aku
Lalu kita sama-sama selamat dari dunia yang gila
Orked
Dunia ini kejam, sayang
Dunia ini tidak pernah menyintai kita
Jadi janganlah kita menyintai Ia lebih daripada segalanya
Kamu akan temui cinta abadi
Terokalah apa yang ada didasar hatimu
Kerana disitu kamu akan jumpa
Kekasih yang maha sejati
Citrasakura@aswara
1 comment:
syahdunya..puitisnya mencengkam jiwa..
Post a Comment