~...Dan kerana itu aku mencuba untuk menerima apa sahaja perkara dengan sebaik-baik cara...~
Tuesday, April 26, 2011
Wednesday, April 20, 2011
Tuesday, April 5, 2011
Terasa Nak Menulis....
setelah merasa seserabut ini...Begitu banyak yang berubah. Hati. Hala tuju. Semangat.dan juga persahabatan.
Berada di tahun akhir pengajian, berdepan dengan sebuah kenyataan bahawa tahun ini merupakan tahun yang sukar, melelahkan dan juga penuh duri-duri yang melukakan.
i
Aku sudah hampir...begitu hampir untuk menyiapkan projek akhir.Semakin hampir tetapi masih terasa ada begitu banyak perkara tidak dilunasi lagi. Ubah yang ini, tambah yang itu, tolak yang ini....masih tidak siap-siap juga. Selain harus memberi fokus yang penuh terhadap projek akhir, terdapt beberapa lagi kuliah yang harus diberi keutamaan. 3 Mei 2011 bakal membentang kertas kerja untuk kuliah Semiotik di dalam Penulisan Kreatif dan pada keesokan harinya 4 Mei 2011 akan membentang untuk seminar lakon layar. Moga-moga semua urusan dipermudahkan Allah s.w.t. Aku benar-benar mengharapkan yang terbaik untuk kali ini.
ii
Muim belum berakhir...tetapi seakan-akan aku ingin menamatkannya dengan lebih awal lagi. Sukarnya dikala ini untuk aku mentafsirkan perasaan sendiri. Dikelilingi oleh persekitaran yang menimbulkan 'negative energies' dalam diri. Terasa semua yang berada di kiri dan kanan adalah sebuah penipuan.Penipuan yang membenamkan segala kebenaran. Muak dengan perkara-perkara remeh, tolol dan menyesakkan fikiran. Tetapi setiap kali aku memilih untuk menjauh, tiap kali itu aku akan tetap terheret sama.
Aku belajar dari setiap kelemahan diri...tetapi manusia terkadang cara belajarnya juga lemah. Aku belajar kesetiaan, kebaikan hati,kekuatan diri,dan ketelusan dalam berkata-kata dari mama. Aku belajar berdikari,erti sebuah kehidupan, kekecewaan, kasih sayang, pengorbanan, pengkhianatan juga sesuatu yang membuat aku ingin merubah segala persepsi tentang hidup dari papa. Dan. Setelah aku belajar dari kedua-duanya aku menjadi diri aku sendiri. Dan pengalaman belajar itu menjadi kubu untuk menahan rasa yang aku alami kini.
Tetapi dalam banyak pelajaran yang aku terima, aku belum pernah terima pelajaran untuk mengubati kelukaan akibat menerima persahabatan yang palsu. Yang ini benar-benar perit untuk ditanggung! Terima kasih untuk kenangan-kenangan yang palsu juga!
iii
Aku melalui waktu-waktu yang baik juga ditengah-tengah waktu yang meribut. Terima kasih kerana Allah masih tinggalkan aku sahabat-sahabat yang masih lagi telus Aina Nabila, Dalila, Linda, Syiqin, Peanut, Cik Ain dan John yang aku kasihi ,kedua-dua junior yang comel Maria dan Min.....terima kasih kerana menjadi penawar =)
Betapa sayangnya aku pada kehidupan ini. Betapa aku ingin berterima kasih kepada Allah kerana rasa-rasa ini. Betapa aku merasa Allah tidak ingin aku menjauhi-Nya....Betapa aku harus belajar bahawa sepahit-pahit hidup, manisnya tetap ada.
Subscribe to:
Posts (Atom)