Wednesday, July 28, 2010


Imam Hassan Al-Banna:
Tidak akan kau merasa gundah
walau sekali pun jika kau tahu apa
yang kau cari

Takdir ini memang misteri. Terima kasih kerana hancurkan hati aku...dan aku tak akan lupakan perasaan ini...

Bukan. Bukan putus cinta. Tidak sama sekali...

Jika hidup bertanya kepada aku, aku ingin bertanya semula...apa sebenarnya hidup ini??
Ya. Ianya melelahkan tetapi semakin lelah aku semakin ingin kuat. Sedang aku terasa ingin menangisi segala yang terjadi, aku sangat berharap Allah masih sudi untuk memberi aku kecekalan dan kekuatan.

Seperti yang telah aku tulisi sebelum ini...aku bukan ingin harta berjuta, aku cuma mahu bahagia...

Astaghfirullah...

Monday, July 19, 2010

Kids on the streets: Where are their parents?


Sesungguhnya kanak-kanak itu amanah Allah..Benar-benar tidak mengerti mengapa mereka mengkhianati amanah ini...

Lagi kisah kanak-kanak terbiar tidak diberi hak yang sewajarnya, terabai kebajikan dan kasih sayang...ini benar-benar perkara yang menyakitkan...

Kids on the streets: Where are their parents?
Selalu aku membaca wasiat Imam Hasan Al-Banna ini...dan tafsirkannya ke dalam hatiku~

Ya Allah...Aku diuji. Aku diuji. Aku diuji.

~ Tuhan sesekali tidak menzalimi hambaNya,
Tapi merekalah yang menzalimi diri mereka sendiri~

...Aku teringat kata-kata sahabatku Dalila Roslan, keluarkan aoa sahaja kebimbangan kerana ianya terpancar dimata. Aku ingin luahkan kebimbangan ku ini pada Mu Ya Rabbi. Agar mata hati ini masih nampak jalan cahayaMu...

Sunday, July 18, 2010

All I Know of Love

Thanks to Dalila Roslan...=) I Paint self-portraits becoz i am so often alone, becoz i am da person i know best...but... thank you to u dude =)

Thursday, July 15, 2010

Sukmakan cintaMu



Senja ku melambai pergi
Yang tinggal hanya ranjang untuk bermimpi
Bisikkan aku rindu yang menghukum
Mahsyur cintaMu di urat nadiku
~
Duhai kasih
tinggalkan sukmaMu
Buat aku berteduh di balik guris takdir
Satukan aku di dalam Ar-RahimMu
Biar sampai ku melihat
Agungnya kasihMu
Entah kerana misterinya waktu
Aku masih dungu memberi syukurku
~
Kekasih
Dengarkan kalimahku ini
Aksarakan cintaMu
Di atas kalis imanku
Bukalah pintu cintaMu
Biarkan aku menghuni
ujana rahmatMu
Harapkan aku di dalam kudus redhaMu
dan
biarku reguk rinduMu
Buat pendamai malamku
~
Kekasih
Jika lusuh waktu ini
Pinggirkan aku dari busana nista
singgahi aku sebuah waktu
dan ajari aku makna takdir ini
~
Kekasih
sukmakan aku cintaMu
untuk aku merasai
Kau ada meski di dalam tiadaku
...

Tuesday, July 13, 2010

Pray for stronger


~Life isn't about finding yourself,
Life is about creating yourself~

Rasanya baru semalam aku melaporkan diri untuk Latihan Industri...tapi tiba-tiba hari ni bila masuk office, punch card..its already 14th July dude huhu..Bermakna kurang satu minggu dari tarikh hari ini aku bakal menamatkan Latihan Industri..Latihan untuk mengenal dunia pekerjaan. Latihan untuk menyesuaikan diri dengan semua keadaan dalam waktu yang singkat. Latihan untuk mengenal sistem.Pada aku itu yang penting.

Dan.

Bermakna lebih kurang satu minggu juga aku bakal menghirup udara ASWARA semula. Memulakan semester baharu dengan harapan agar aku menjadi lebih fokus dan serius di dalam pengajian. No more main-main!

PeTA hampir menjengah ke pintu hidup wahai Afiqah! Sedarlah!!

Cuti sebelum bermulanya praktikal, aku habiskan bahan bacaan yang aku beli ketika Pesta Buku Antarabangsa april lalu. Itupun ada beberapa buku lagi yang tak sempat nak dihabiskan. Dan kemas punya kemas, ada beberapa buah buku yang aku beli sewaktu pesta buku tahun lepas yang masih tidak disentuh...diuliti dan diakrabi isinya...Aii...apakah yang kau buat Afiqah...

Yang paling penting antara yang terpenting di dalam kamus pengajian aku yang bakal bermula kurang seminggu dari sekarang ialah :

1) Penulisan Ilmiah huhu ...kenapalah En Azman masih tak reply email yang aku kirim pada dia berkenaan tajuk aku tu ya...
2) Pra PeTA..kan dah cakap makin dekat...dusshhh!
3) Penulisan skrip iv~ masih terkial-kial walau dah sampai level ini~
4) Saya nak subjek penulisan skrip dokumentari diwujudkan lagi...tolonglah...

=)

Ya Allah, mudahkan segala perjalanan hidupku nanti. Pray for stonger! =)