Monday, September 14, 2009

Menanti Waktu


Benua aku kini disinggahi iklim rindu yang memuncak kepada mama,papa,ayah,cinta,Orked,Ida dan Ira....Tidak sabar menanti Aidilfitiri yang akan menemukan kita dan menamatkan seluruh musim rinduku....

Thursday, September 10, 2009

Peribadi yang aku hormati.


Kepada teman-teman seperjuangan:

seorang guru itu tetaplah seorang guru.
kita wajib memuliakan mereka seperti kita
memuliakan ibubapa kita...
janganlah kita lukakan guru kita
dengan kata-kata dan perbuatan yang tidak terfikirkan
kerana jika kita sudah berjaya pun
belum tentu bakti mereka dapat kita balas.

Semoga kita sama-sama merenung kedalam hati
dan menginsafi diri.



Wednesday, September 9, 2009

Nota Kasih buat gadis 9 September.


Mendakap mu dengan doaku dari jauh
Selamat Ulang tahun ke-14 Orked.


Tepat jam 12.00 tengah malam aku menelefon Orked.Memberi ucapan selamat ulang tahunnya yang ke-14.Terima kasih kepada rakan-rakan serumah.Nyanyaian selamat ulang tahun kalian telah membuat Orked menangis terharu !


Kelahiranmu 14 tahun lalu telah
menghadiahkan cinta
pada mukim yang ditelan sepi.
memecahkan tembok-tembok hampa
dalam nyaring jerit yang tidak terdengar
....
kerana manisnya kelahiranmu
telah membuat aku selalu rindu

Kakak tidak punya harta besar untuk diberi,kakak juga belum ada kehidupan yang boleh Orked teladani,kakak tak punya apa-apa untuk dimaknakan melainkan cinta dan kasih sayang kakak kepada kedua-dua orang tua kita,adik-beradik kita dan kepada kehidupan kita sendiri.Mencintai Allah itu adalah perkara yang paling utama kerana apabila kita mencintai-Nya,kita akan mencintai yang lain-lainnya.

Cintailah kehidupan Orked kerana ianya datang dari Allah.Jangan lupakan-Nya walau sesaat pun dari dalam ingatnmu.Kerana dia akan melindungi kamu dan hatimu dalam menjalani kehidupanmu yang akan datang.

Perjalananmu masih terlalu jauh...

Thursday, September 3, 2009

Mencari Diri

Hidup kita ini merupakan satu peperiksaan-Pak Wahab Hamzah

Allah akan mendatangkan kita dengan pelbagai jenis dan bentuk ujian.Ujian itu tidak pula semestinya yang pahit-pahit,malah merasa senang juga merupakan satu ujian.Dan ujian itu pula tidak semestinya datang dari faktor luar yang bukan kawalan kita tetapi paling mencabar ialah dari diri sendiri.Bagaimana ingin menepis segala konflik dalam diri,bagaimana untuk memuhasabah diri,bagaimana untuk berhadapan dengan pertentangan yang berlaku antara akal dan hati.Sebagai insan aku akui adakala kita akan 'hilang' dari diri sendiri.Mungkin kerana lemahnya iman...

Siapa yang tahu ?...

Allah memang sedang menduga...

Teringat akan kata-kata seorang sahabat yang kini berada jauh,jangan pernah bersedih kerana Allah itu selalu ada dengan kita selagi kita selalu berada dekat dengan Dia.

Tuesday, September 1, 2009

Khilaf


hanya kata ini yang terkeluar dari tubir hati
"maafkan saya En Azman"

Hari ini seharusnya ada tiga kuliah.Kuliah penulisan skrip drama tv berjalan seperti biasa,kuliah Psikologi watak juga, namun kuliah penulisan lakon layar ii dibatalkan pada saat akhir.Cerita kurang enak yang aku sendiri timbulkan ialah ketika di kuliah Psikologi Watak...

Minggu lepas En Azman meminta aku datang ke biliknya untuk mengambil nota Psikologi Lacan dan Teori Psikologi Gestalt.Kedatangan aku yang pertama tidak berhasil kerana En Azman belum print out nota tersebut dari PC nya,jadi aku datang kali kedua pada lusanya.Dan beliau menyerahkan aku nota tersebut...beliau meminta untuk aku pesankan pada kawan-kawan supaya membaca dahulu nota tersebut sebelum kuliah minggu depan supaya kita lebih terdedah dengan apa yang akan kita pelajari...muliakan guruku...

Tetapi...

kuliah hari ini...belajar mengenai Teori Psikologi Lacan dan En Azman bertanya mengenai apa yang telah kita baca dan faham.Seisi kelas tercengang-cengang termasuk aku!

En Azman : Fiqa awak dah serahkan nota minggu lepas pada kawan-kawan?

Aku: (Dengan yakin) Sudah En Azman.

En Azman : Jadi apa unsur-unsur dalam Teori Psikologi Lacan?

Aku : ( Apa yang En Azman tanya ni?Bukan hari ni...)

En Azman : Fiqa awak baca tak nota yang saya bagi awak hari tu?

Aku: Psychohistory?dah...

En Azman : (merenung aku) bukan ...saya ada bagi awak teori psikologi Lacan dan Gestalt kan.Awak datang ke bilik saya hari tu lepas tu saya tak ready lagi nak bagi nota tu then awak datang dua hari kemudian...saya ingat lagi.

Aku: (kenapa dalam fail kuliah Psikologi hanya ada nota Psychohistory?Eh,ada ke En Azman bagi?).

En Azman : I'm very confident yang awak dah ambil nota tu...waktu tu Amy diluar.Saya boleh ingat baju apa yang awak pakai hari tu...cuba awak ingat balik Fiqa...

Aku : ( diam tanpa bahasa)

En Azman : Mana awak letak nota tu Fiqa?

Aku : Err...maybe kat rumah saya tak check betul-betul.Minta maaf En Azman..

En Azman : see...patutlah saya tanya semua tak tahu.Dengan yakin saya tanya awak, betul saya fikir awak dah baca..rupanya...

Aku: Sorry sangat En Azman saya akan cari semula dirumah.

En Azman : Tak apa,tak apa saya cuma....er carilah sampai jumpa..

Aku :(Kalau tak ada?!)

Sampai dirumah terus bergegas ke bilik mencari nota-nota tersebut.See...rupa-rupanya dalam fail kuliah Metodologi Penyelidikan...macam mana boleh sampai ke situ ??

Kepada En Azman Ismail dan kawan-kawan,aku mohon maafkan khilafku ya...