Monday, August 31, 2009

Kata En.Azman..


Antara bacaan pilihan...

Nak baca mengenai Psikologi atau buku-buku Psikologi kena baca dalam keadaan sunyi,senyap dan...gelap.Waktu sekarang menunjukkan 12.60 am.Tapi aku pernah juga baca nota psikologi yang diberi En.Azman dalam LRT..boleh juga hafal beberapa penyakit fobia.Oleh kerana Nughul dah nak tidur maka lebih penting untuk menghormatinya.Bacalah aku nota psikologi ni dengan hanya bertemankan cahaya dari skrin laptop...

Emm...bertambah rabunlah aku hehehe

Selamat Mengekalkan Kemerdekaan


....Begini rupanya.

Menitip Doa


Kepada Ira, sahabat yang semakin menua hehehe
selamat ulang tahun ke-21
Ku titip doa supaya Allah S.W.T
melindungi kau dalam jagaan-Nya
mencintai kau dalam hidayah-Nya
dan merahmati kau dalam tiap nafas mu

Semoga berjaya dalam segala lapangan

Aku rindukan lelaki itu...

Justify Full
Untuk kedua-dua ayahanda,
Papa dan Ayah

Entah angin apa,sejak akhir-akhir ini ingatan aku melayang kuat pada papa.Walhal baru dua hari lepas dia menanyakan khabar.Dulu masa awal-awal tiba di ASWARA,aku sering teringatkan papa hingga menitis airmataBerbanding dengan mama,ingatan pada papa lebih kuat datang menerjah sedangkan aku lebih akrab dengan mama.Malah aku lebih sedia mafhum bagaimana hubungan aku dengan lelaki itu.Mungkin..kerana banyaknya beza antara aku dengan papa walau aku terlahir didunia kerana dia juga,mungkin... kerana sampai saat ini pun aku belum mengerti banyak perkara tentang lelaki itu jadi aku merinduinya.Sebenarnya ingin menuntut kembali masa yang sudah dia tinggalkan ...

tetapi aku tetap berterima kasih dan bersyukur

setidak-tidaknya papa memilih aku dan adik-beradik untuk bersama-sama dengan dia pada waktu susah...

Setidak-tidaknya dengan kami...

ii
Untuk ayahku yang amat aku sayangi dan hormati, aku terlalu berterima kasih.Terima kasih kerana hadir dalam hidup kami,terima kasih atas segala keprihatinan,sokongan (mental dan fizikal),kasih sayang...

Terlalu mencintai kalian berdua...

p/s: kata-kata begini tidak semestinya diucapkan pada hari bapa sahaja kan?kan?

Saturday, August 29, 2009

Sahabat Belahan Jiwa


Gadis berwajah 'Sakura' yang disebelah aku
ini hatinya sudah diambil...sudah dimiliki...sudah menemui belahan jiwa
hehehe
semoga selamat ya Nughul...

And I don't wanna face the price I'm
Gonna pay for dreaming
Now that your dream has come true

-Bait terakhir lirik lagu Micheal Bolton yang dikirim email oleh Dalila-

Dalila kata dia suka mengkaji penulisan lirik.Kaji macam mana aku tak berapa pasti.Tetapi lirik yang diatas,lirik yang simple tetapi tiba-tiba ada perkara yang menebak didalam kepala.Hanya sekadar untuk motivasi...melalui lirik... ok juga!

Perempuan tabah itu namanya Angah Eton


Semalam Kak Sara datang menginap dirumah aku.Sememangnya kedatangan dia kerumah sangat aku nantikan kerana bertemu dengannya telah menjadi kesukaan hati aku.Sifat teman-teman yang lain saling suka mengusik.Ada dalam kalangan teman-teman aku yang sudah mempunyai belahan jiwa.Sekarang ini mangsa paling kerap 'diserang' oleh teman-teman ialah,Sya.Tiap hari dia menjadi bahan usik.Pasti dia letih melayan kerenah teman-teman terutamanya Amy dan Nughul.Dan aku sering memilih untuk tidak ikut serta. .Tetapi kedatangan Kak Sara merubah pula.Aku pulak yang jadi tukang sakat Sya semalam.Sudahnya tawa kami bergema ditengah malam....Aku cuma gembira dia ada itu saja..

Tetapi, pagi tadi sewaktu hendak pergi melakukan kerja transilation skrip Randai kak Sara memberi khabar bahawa angahnya sedang sakit.Baru lepas menjalani pembedahan.Aku bungkam.aku sudah sedia maklum bahawa Angah kak Sara itu menghidapi pelbagai penyakit.Namun aku jadi lupa kerana tiap kali datang bertandang kerumah Kak Sara yang terletak di Pantai Dalam,Angah Kak Sara menyambut kami dengan ceria,gembira dan langsung tidak menggambarkan bahawa dia masih sedang sakit.Tiap kali kami datang kerumahnya,perut yang kosong boleh jadi penuh hingga tidak ada ruang untuk diisi.Kadang-kadang bercerita dengan kami banyak perkara,selalu meminta kami untuk kerap datang kerumah dan banyak lagi sifatnya yang mesra.Banyak yang Kak Sara cerita mengenai Angahnya itu.Tentang hidup,pengorbanan pada keluarga,kesabaran menanggung ujian Allah...

Luar biasa tabah!

Dan aku paling terharu dengan sifat matang Kak Sara.Ketika dia bercerita mengenai Angahnya serta peranan-peranan yang dia lakukan dalam melindungi Angah.Siapa yang kata Kak Sara itu pelik,psiko dan pelbagai lagi,tariklah semula kata-kata kalian!.

Doa untuk Angah Eton...


Rusuh hati


Orked@Elffy Syazanis
Satu-satunya adikku,cinta hatiku.

Petang tadi tepat jam 2.22 petang,aku menerima kiriman sms dari kakak,Mira.Kirimannya berbunyi "Fiq,I dah plankan raya kat KL.Kemungkinan raya jatuh 20 haribulan kan?So Orang-orang KL raya ke-2 akan balik JB but I have to stay to take care of Atok.Pagi tadi I tanya mama and ayah,mereka mungkin tak raya di KL coz orang KL akan turun JB.so the possblty 1st day raya kita tak raya dengan parents kita??Cik penyelesai masalah,ada cadangan untuk I tak?.Samada tak pergi KL 19 haribulan ?kalau tidak kita takkan dapat raya pertama dengan parents kita..."

dan... kiriman itu tidak aku balas...

Monday, August 24, 2009

Doa Buat Gadis Selatan


Sebuah rindu yang terhukum...

Tidak pernah meninggalkan kamu walau
sesaat pun dari ingatan.
Moga Allah memeluk mu
dengan kasih sayang dan
hidayah-Nya yang erat...

Bila Ramadhan mengetuk pintu hidup
bukalah ia dengan senyum iman
yang tak terfikirkan nikmat dan hikmahnya
Moga dengan itu kita tergolong dalam
orang-orang yang redha.


Alhamdulillah hari ini sudah masuk 3 Ramadhan.Aku lebih bersyukur kerana sudah sembuh dari sakit sepenuhnya.Berminggu-minggu sakit yang membuat segala kerja jadi tergendala.Minta-minta janganlah sakit itu berulang.Masuk kuliah dengan semangat untuk menebus semua pelajaran yang telah tertinggal kerana minggu lepas sahaja begitu banyak kuliah yang tidak dapat aku hadiri.Dan....pulih dari sakit saja begitu banyak kerja yang perlu 'ditukang' tak termasuk lagi dengan kerja-kerja baru hasil dari kuliah tadi.Apapun aku bersyukur kerana Allah kembalikan semula kesihatan aku.Siang tadi,berjumpa dengan Kak Sara.Manusia yang satu-satunya tak hiraukan apa sahaja tanggapan sekeliling terhadap dirinya.Kerana dia tahu setiap kali dia bernafas dia tidak perlukan pertolongan dari orang lain,kerana setiap langkahnya diia tak perlukan orang lain untuk memberi dia jalan.Dia bukannya manusia hebat tetapi dia gunakan apa yang dia ada untuk memberi rasa hebat terhadap dirinya sendiri.Kawan yang kita boleh belajar banya perkara aneh-aneh tentang hidup....sebab...dia seorang yang aneh hehehe.
Kenapa aku nak bercerita mengenai dia?Tak ada apa-apa yang istimewa pun cumanya aku gembira berjumpa dengan dia...gembira ada makna!hehehe...

Sorry Kak Sara,kita jumpa esok kita cerita ok....

Thursday, August 20, 2009

Waiting For This Moment


Bulan Ibadah telah memberi salam.


Selamat Datang Ramadhan
Moga Ramadhan aku kali ini
lebih sempurna dari Ramadhan
yang sebelumnya
AMIN...

Sunday, August 16, 2009

Hindari itu.


Jika aku harus ucapkan syukur kepada kekasih hatiku,Ilahi,aku akan ucapkan kerananya untuk manusia yang degil seperti aku ini jarang-jarang mendapat hikmah di balik dugaan.Akhir-akhir ini kesihatan aku merudum.Aku sebenarnya fikir bahawa aku mungkin bukan demam.Ini mungkin kerana jadual kuliah dan aktiviti yang begitu padat dan aku hanya keletihan sahaja.Tapi simptom demam dan letih itukan beza.Suhu badan adakala turun dan kemudian naik mendadak.Diwaktu malam umpamanya badan aku hangat benar sehinggakan Nughul kata hangat itu boleh dirasakannya kerana dia tidur disebelah aku sahaja.Segala ubat telah aku telan.Tidak ke klinik.Pertamanya kerana tak punya banyak waktu kerana sudah terikat dengan jadual kuliah yang padat,keduanya kerana ke klinik atau hospital memerlukan duit lagi.ketiga,kerana aku ini... memang degil!Itu yang Mama cakapkan semasa dia call aku.Anak yang degil kata Mama!

Sudah bertalu-talu aku menerima panggilan dari ahli keluarga menggesa aku membuat pemeriksaan(jika aku tidak ke klinik/hospital mereka 'mengugut' akan turun ke Kuala Lumpur?) kerana virus H1N1 tidak mengira tubuh sesiapa.Tubuh anak kecil yang tak berdosa pun diragutnya,aku masih tetap juga berdegil.Ku katakan kuliah,tak sempat,nantilah bila ada masa....

Dah memang itu aku.Dan.Sekarang bila tubuh aku sudah benar-benar 'merajuk' meminta aku prihatin dengannya,bila akal dah tak daya untuk memikirkan tentang kuliah dan assingment,bila aku lihat buku aku tidak bernafsu untuk membacanya ,barulah aku terfikir aku perlu ke hospital/klinik.PERLU.

Friday, August 14, 2009

Sepetang bersama Kopitiam Ghadir


Menonton Kopitiam Ghadir membawa satu paradigma baru dalam industri teater Malaysia.
kita sudah terlalu biasa dengan teater-teater tradisional/ pop /muzikal yang adakala mengundang dangkalnya iman.Ya,dari segi produksi,teater ini ala kadarnya,para pelakon juga bukanlah dalam kalangan pelakon-pelakon teater professional
(berdasarkan pembawakan watak, penguasaan pentas dan penonton) namun inti dan isinya itu mengenyangkan iman didada Insya-Allah.Muzik-muzik mengajak selawat semuanya memikat dan alangkah elok jika dirakam didalam bentuk album.Aku tidak pakar dalam memberi komentar tetapi jika Kopitiam Ghadir ini melibatkan produksi yang besar aku percaya ia boleh jadi sehebat dan semeriah Muzikal Tun Abdul Razak.Seperti kata Tuan Hj Faisal sendiri didalam kuliah,teater ini teater miskin,teater tidak berduit.

tetapi aku tetap pulang dengan gembira.
..

p/s:kepada rakan-rakan yang sudah terkena'virus' Tn Hj Faisal,kalian diminta supaya 'mengkuarantinkan' diri kalian dari membaca tentang Tn Hj ...jika tidak 'virus' tersebut akan menular ke dalam diri dan membawa 'maut' hehehehehe...

Tuesday, August 11, 2009

Permata Baru

Siang tadi sewaktu berlangsung Seminar Kebangsaan Pendidikan Kesusasteraan Melayu ,En Zakaria Ariffin mengumumkan kepada sesi khalayak bahawa ASWARA menerima satu lagi permata baru di tengah-tengah taman bahasa dan sastera.Datuk Dr Anwar Ridhwan yang juga merupakan guru aku dinobatkan sebagai Sasterawan Negara ke-10.Majlis penyampaian anugerah secara rasmi itu bakal berlangsung pada 20 Oktober 2009.
Tahniah Datuk dan semoga terus membimbing kami di fakulti penulisan dengan jaya .AMIN...

Ihsan Gambar:Facebook Datuk Dr Anwar Ridhwan

Friday, August 7, 2009

...

Orang kata bila kita sakit itu bermakna tubuh kita meminta kita untuk berehat.Tetapi tuntutan hidup meminta yang lain pula...
Baiklah cepat demam ni...assingment banyak yang kena buat,buku banyak yang kena baca...

Wednesday, August 5, 2009

Terima Kasih


kita memang tidak akan pernah
berhenti dari berdoa
kerana kita tidak akan pernah berupaya untuk
menghentikan mimpi...

Selepas esok kau pasti akan pulang.Pulang ke tampat dimana kau memulakan mimpi,berimpian dan menanam begitu banyak harapan.Untuk aku,kau tetap akan menjadi Kau dan takkan pernah menjadi orang lain.Terima kasih kerana belum pernah berubah untuk aku.,Tetapi janganlah kerana aku,buatlah kerana tuntutan hidup kau.Untuk hidup kau sendiri.

Banyaknya perkara yang terjadi kepada dunia,kepada hidup aku yang kecil dan kepada hidup kau,tetapi kau tak berubah walau sedikit pun. Untuk Itu.Terima Kasih.Terima kasih.TERIMA KASIH

Dan kerana itu,sila tinggalkan aku dari dalam ingatan kau kerana aku juga tidak bisa ubah apa yang aku tak mampu untuk ubah...termasuk juga dengan hidup aku.

Berharap akan menjumpai kau dalam hayat yang akan datang...

Tuesday, August 4, 2009

Berhenti mencari Aku


buatlah apa yang hati kau kata
sebab hati tu petunjuk,
dia yang memberitahu
hanya kau nak terima atau
tidak sahaja-
Dalila Roslan,sahabat.

Aku bersyukur kerana Allah memberi peluang untuk aku berjumpa dengan kau semula.Tetapi janganlah kita mengharap sesuatu yang lebih.Kau meminta sesuatu yang tak mungkin aku dapat beri.Iaitu Hati.Jika kau pulang nanti,kau harus cari sesuatu yang lebih bererti.Jika kau meminta dan mencari sebuah hati untuk kau berlindung,carilah dan jangan pernah berhenti...

tetapi yang pastinya janganlah kau cari hati aku lagi.


Saturday, August 1, 2009

Black And Red


Jika Malaysia mengiktiraf 'diri mereka' sebagai sebuah negara Demokrasi,aku fikir itu penipu besar namanya.Apa ciri-ciri negara demokrasi?.Untuk '1Malaysia' demokrasi itu menjadi sangat praktikal bila tiba musim pilihanraya,memilih calon-calon pembela rakyat kononnya dari parti-parti popoular atua kurang popular.Hari ini hari 'hitam-merah'.Hitam tanda 'nasib tidak baik' ISA dan merah tanda kemarahan rakyat barangkali.Inilah padahnya apabila Parlimen sudah mula gagal berfungsi secara total hinggakan rakyat terpakasa membawanya ke tengah jalan.Dan aku...memang sedang marah.Hari ini usai membuat sedikit kajian mengenai Coliseum Cinema bagi subjek Pengajian Budaya II aku ingin menemui Nughul di Tebing(gerai makan yang menjadi tumpuan aku dan teman-teman sewaktu menginap di asrama semester lepas).Kebetulan Nughul juga membuat tugasan untuk subjek yang sama.Jalan lengang.Sangat lengang pada waktu itu.Di kiri kanan bahu jalan,berderet polis,pasukan penyelamat dan apa sajalah gelaran mereka yang tugasnya menjaga 'ketenteraman awam'.Aku berjalan seorang diri setelah berpecah dengan kumpulan ku dari bangunan Coliseum Cinema.Dalam bergegas ke tebing untuk menemui Nughul disana aku ditahan oleh seorang polis.Tubuh tinggi lampai sehingga aku terpaksa mendongakkan kepalaku bila memandangnya.Dia bertanya"awak nak ke mana"?Aku... merasakan ada yang tidak kena dengan soalan tu.Dia menanyakan aku dengan nada suara yang sungguh tak bersopan ,aku mengutuk dalam hati 'angkuh sungguh polis Malaysia ni'.Dan jawapan aku pada soalannya yang kurang cerdik tu 'kamu ada nampak ke saya memakai baju berwarna merah hitam?' dengan nada suara yang angkuh juga. Aku berlalu sambil puas melihat muka bengang polis tu!Aku menemui Nughul dan dia bersama-sama Usop serta Kak Sara.Dan dalam perjalanan pulang aku sempat mengusik Nughul mengatakan alang-alang kita kat sini,yuk kita join sara dan Judin sertai perhimpunan mansuh ISA.Wajahnya dah berubah semacam.Tiba di situ,LRT tergendala jadi aku dan Nughul memilih untuk menaiki KTM.Di Stesen KTM aku dan Nughul sudah kehabisan daya kerana gas pemedih mata mual menusuk hidung dan membenamkan penglihatan kami dan aku sudah hampir pengsan.Mujur ada orang awam yang memberikan kami air dan garam.Aku di bawa ke sebuah bilik untuk menghindarkan dari terus menyedut gas pemedih mata.Didalam bilik tersebut aku melihat ada dua orang polis wanita.Melihat mereka kemarahan aku tiba-tiba memuncak.Pertama pertanyaan polis tadi dan kedua... tu 'kawan-kawan' mereka yang melepaskan tembakan gas pemedih mata ke arah perarakan tadi (walhal aku tahu mereka tidak ada kena mengena).Bila aku kembali pulih aku bertanya kepada salah seorang polis wanita tersebut mengapa mereka melepaskan gas pemedih mata.Polis wanita itu menjawab kerana mereka (perarakan) merusuh,memberontak,itu yang mereka lepaskan.Aku terdiam.Dalam hati mengutuk,kan betul sebahagian polis-polis Malaysia ni 'tak sekolah'!!.

P/S : KALAULAH aku yang menjadi Menteri Perdana,aku tak kuasa nak menimbulkan kemarahan rakyat. Menganani masalah rakyat saja lebih besar cabarannya daripada menganani masalah ekonomi...