Friday, February 27, 2009

Salam buat Pendamai Jiwa

Dialog seorang ayah kepada seorang anak masih tersimpan kemas dalam lubuk pemikiran aku.Dialog itu menjadi yang pertama selepas musim dingin yang membeku.Hanya kerana rungutan aku terhadap tekanan hidup sebagai seorang pelajar,ayah ku naik ke Kuala Lumpur untuk mendengar dari mulutku sendiri apa yang terjadi .Antara percaya dengan tidak percaya,aku merasakan ayahku baharu sahaja pulang dari tanah pengembaraan.Melontarkan kata-kata yang menerbitkan mutiara dalam hati aku sendiri.Itulah yang pertama selepas musim-musim yang mencengkam jiwa.Setelah ayahku mendengar luahan rasa ku,permasalahan yang sedang bergelodak dan perkembangan aku bergelar pelajar,ayahku datang sebagai pendamai jiwa.Meleraikan rusuh hatiku yang sedang meruntas,dan kata-kata itu bakal melindungi aku dari kelukaan-kelukaan disepanjang jalan kehidupan.Lama percakapan itu,aku menjadi pendengar yang setia,menangangguk sekali-sekala dan adakala mencelah.Bagi ku ayah ku penghantar dari Tuhan (Allah S.W.T) yang datang dengan seribu ketenangan di saat aku berada di daerah kepayahan.

Ayah ku berkata : Jangan pernah mengalah dengan keadaan yang mencetuskan pengalaman.Kerana pengalaman itu mendewasakan kita.Belajarlah dari pengalaman seperti mana kau belajar dari buku.Di mana kau akan membaca,menilai,berfikir dan mentafsir seterusnya akan menjadikan kau sama ada manusia ataupun orang

Ayah berkata lagi : Hidup ini tidak punya rasa,rupa dan bentuk,yang ada hanyalah kenyataan yang akan kau jumpa pada hari esok.

Dari benua rindu,

Salam Buat Pendamai Jiwa…

Wednesday, February 25, 2009

percakapan seorang ayah kepada seorang anak


Ayah ku pernah berkata,

Hidup ini tidak ada rasa,rupa dan bentuk.Yang ada hanyalah sebuah kenyataan dimana kau akan jumpanya pada hari esok...

Tuesday, February 10, 2009

Tangisan Di Wilayah Lara...


Puisidra ini telah saya dan rakan-rakan saya persembahkan didalam kelas Dr Tuan Haji Shamsudin Othman( SBO) pada 5 Februari 2009 sebaga mengenang saudara-saudara kita yang sedang berduka menghadapi krisis kemanusiaan di Palestin. Segunung Al- Fatihah buat mereka …

TANGISAN DI WILAYAH LARA

(palestin):

Hentikan!Hentikan!tolong hentikan!

Aku sudah tidak berdaya…

Hentikan …tolong hentikan bedil pulurumu ke jantungku dan anak-anakku

Lihat…lihat ini…mana pergi rasa mu?

Lihat…lihat ini….wilayahku menjadi merah

Lihat ini..lihat ini wahai israel laknatullah

Saudaraku…tolonglah…

Tolonglah aku dan anak-anakku

Tolonglah saudaraku….

(kita)

Aku mengerti…

Lama sudah kau bermandi derita

Bumi mu sudah terlalu uzur untuk menanggungnya

Darah merah dan dendam mengalir dengan derasnya

Tidak tahu mana hujung sempadannya

Lama sudah dalam daerah luka

Langit birumu bertukar kelabu

Awan putih mu berarak duka

Sambil melaung-laungkan rasa sengsara

Tidak tahu bila hentinya

Masuk lagu Namun Ku Punya Hati

(palestin)

Ku tahu takdir ku bukan ditanganmu

Tapi apalah guna agama yang menjadikan darah dan daging kita serupa

Lihatlah mereka yang berjiwa durjana itu..

Habis bumiku dimakan mereka…

Tanah ku di landa banjir darah

Langitku dihujani bom dan peluru yang tidak mengenal

Roh dan jiwa yang tidak berdosa.

Pandanglah aku dan anak-anakku dengan mata hatimu saudaraku

(kita)

Sesungguhnya.

Aku adalah saudaramu

suaraku tidak terdengar olehmu

namun suara mu terngiang-ngiang dalam tidurku

Sumpah! Bahawa aku mengerti akan alam deritamu

Lalu aku kirimkan doa ke dada langit

Agar diturunkan kepadamu

Biar rahmat menghujani mu

Dalam tiap jalan perjuanganmu

Masuk lagu Namun Ku Punya Hati (c/o)

(palestin)

Saudaraku…

Biarlah lambayung kedamaian itu datang dari wilayahku

Aku hanya mahukan

Tanah airku dikembalikan kepada ku dan anak-anakku

Aku Cuma mahu hak dan pendirian ini kembali menjadi milikku

Milik anak-anak bangsaku

[palestin]

Saudaraku….

Aku ini anak mereka itu

Yang telah kau carik-carikkan

Yang telah kau binasakan

tanpa ada riak kekesalan

walau sedikit pun..

Aku lihat darah mereka

Aku lihat …

Terpercik di merata –rata

Kau siksa mereka….

Kau bunuh rasa cinta

Mereka

Kau manusia kejam

Tanpa memikirkan aku kini keseorangan

menghuni sisa jalan yang semakin sepi

sepi dan semakin sepi……

Masuk ulang lagu c/o

(kita)

Ku bukakan pintu ihsanku

Buat kau saudaraku

Aku tidak mampu menyeka airmatamu

Tidak aku mampu menahan hujan peluru dari langitmu

Tidak aku mampu mengubati luka parahmu

Aku Cuma mampu

Mendakapmu dengan rasa cintaku dan doa tulusku

Moga Tuhan menaungi mu

Di suatu wilayah abadi

Dimana disana kau berlindung dengan rahmatNya yang hakiki…

Masuk lagu Namun Ku Punya Hati

)