Aku senang dengan keadaan ini. Duduk
bersendirian dengan Tuhan. Mengisi dini hari dengan bermonolog kepada diri di
hadapan Tuhan. Mengajak Tuhan agar berbicara denganku. Tentang hari yang aku
lalui. Adakah Dia berpuas hati dengan apa yang telah aku lakukan pada hari ni?
Tentang setiap keputusan penting yang aku lakukan apakah Dia redhai?Tentang
permasalahan yang sukar untuk aku selesaikan oleh akalku. Tentang jalan-jalan
buntu yang kadang kala menerpa hidupku. Tentang impian, tentang cinta dan semua
tentang hidupku. Aku amat senang dengan waktu ini. Duduk berteleku membentang
semua rinduku padaNya dan juga tentang persoalan-persoalan hidup serta takdir
yang tidak aku fahami. Seringkali, sebaik aku berbuat begitu, entah aka nada
satu suara, entah dari mana memberitahuku begini
“Ceritakan. Luahkan semuanya padaku.
Aku mendengar.”
Tetapi ada satu ketika,suara itu
hilang. Dan kadang-kadang suara itu tidak memberiku sebarang jawapan. Aku
tenggelam di dalam setiap persoalandan kekeliruanku. Entah mengapa aku
merasakan Dia sengaja membiarkan aku melakukan apa mahuku, sedangkan aku
menanti jawapan dariNya. Setiap aku kalah dengan keraguanku aku pasti meminta
Dia untuk memberitahuku, jalan apakah yang harus aku ambil. Dan setelah
beberapa ketika, suara itu muncul lagi
“Hatikau akan memberitahu perkara
yang betul. Bukankah aku berada di dalam hatimu”
Kemudian aku senyum. Tenggelam timbul
kerana jawapan itu. Ya, hati akan memberitahu dengan jujur tentang semua
perkara yang membelenggu kita. Kadang-kadang kuasa sebuah rasa impaknya lebih
besar dari kuasa minda.
Dan kali ini aku betul-betul inginkan
kepastian tentang sebuah persoalan yang menojah hati dan fikiranku sejak
akhir-akhir ini.
Ada yang sedang aku rindukan. Pada sebuah wajah yang telah lama aku dambakan kehadirannya di sisi hidupku. Pada sebuah hati yang telah aku khianati. Pada sebuah persahabatan yang aku hormati...
Jika ingin pergi, pergi dan jangan datang-datang lagi. Aku akan selalu mendoakan.
Ini. Detik ini detik satu per tiga malam. Aku ingin berdoa sebanyak-banyaknya. Hati aku meronta-ronta meminta aku untuk berbuat demikian. Aku mengharapkan Tuhan akan mendengari aku.
Tetapi, adakala terbit suara dari celah hati
"layakkah aku meminta-minta daripada-Nya?".Sedangkan aku sering berbuat dosa. Sering melakukan perkara-perkara yang membuat Dia murka dan marah. Perkara-perkara yang membuatkan aku terkeluar dari senarai penerima rahmat-Nya.
Adakah Dia benar-benar sudi mendengari aku? Sudi memelukku dan melindungi hatiku dengan kasih dan sayang-Nya yang tidak terperi mahalnya. Sedang aku sibuk menggendong dosa-dosa yang maha banyak yang bakal aku pikul di akhirat kelak. Tuhan...hanya Kau yang Maha Tahu. Hanya kau yang Maha berhak untuk aku meminta ampun. Untuk kali ini, maafi aku Tuhan.
Aku ingin berdoa..ini keperluan aku di saat aku menghampiri fasa yang lelah dan dingin di dalam hidupku. Lantas kerana kurangnya rasa syukur dan ikhtiar dalam memperjuangkan kehidupan.
Tuhan..air mata sepertiga malam ini bakal jadi saksi insaf sebuah hati.
Ampunilah dosaku dan kedua-dua ibubapaku Ya Allah. Lapangkan hatiku dan hati mereka dalam menerima hidayah-Mu Ya Allah. Lindungi aku dan mereka dari bencana dan malapetaka yang tidak tertanggungkan peritnya. Kuatkan hati aku dan mereka dengan secebis iman yang Kau berikan. Ya Allah, Kau lindungilah hati ibuku ibuku ibuku dan ayahku Ya Allah. Jangan Kau biarkan mereka dalam dilema yang menyesatkan dan melemahkan mereka. Lapangkan hati, gembirkan dan bahagiakanlah mereka berdua disaat aku masih belum mampu berbuat begitu kepada mereka. Janganlah kau siksa mereka di dunia mahupun di akhirat. Berilah mereka cahaya yang akan menerangi jalan hidup mereka di sepanjang jalan kehidupan...
Kasihlah kepada kami Ya Allah....Kami juga sangat kasih kepada-Mu. Tuhan semesta alam. Tuhan Maha Mendengar dan Maha Pemberi Rahmat.Tuhan Yang Maha Pengampun. T_T
"Listen to the mustn'ts, child. Listen to the don'ts. Listen to the shouldn'ts, the impossibles, the won'ts. Listen to the never haves, then listen close to me... Anything can happen, child. Anything can be."
I have a dream and i'm sure everyone has a dream too.
But, sometimes dream buat kita rasa tak pasti. Walau dalam hati kuat mengatakan "Fiq, u will be there one day nanti...yes you will.All you have to do is to put your trust on it."
we lose some, we win some....this is life about...
i don't remember who said this to me but as i tahu, ada orang cakap, don't think too much about the future. future is something we need to plan, not to think...hmm kalau tak fikir dulu macam mana nak plan...apa-apa pun kena lah fikiir dulu....rite?
AND!
ada sesuatu in this life susah untuk dijelaskan oleh takdir and nasib. In fact people always dahagakan penjelasan.if tak dapat jawapan selagi tu la dok fikir, apa akan jadi, nak jadi apa, apa jadi kalau things we plan tak menjadi...its too many questions! Haihh....
Kadang-kadang apa yang kita buat...apa pun tak kira perkara kecil atau perkara besar....dan apabila kita telah mencapai sesuatu matlamat itu walau kemungkinan di mata orang itu hanya suatu pencapaian kecil sahaja, ia tetap suatu pencapaian.Di mata orang, tak kira how hard kita mencuba dan telah mencapainya, people still tengok kita like we're nothing...NOTHING
BUT
Life is not aboout apa yang orang fikir tentang kita.Life is about apa yang kita percaya. Things yang aku buat bukan untuk buktiikan kepada orang semata-mata, but to prove to my own self. Its hard untuk menghadapi pandangan-pandangan skeptikal orang tentang diri kita, but once again life is not about apa yang orang fikir tentang kita sebaliknya apa yang kita fikir tentang diri kita
setelah merasa seserabut ini...Begitu banyak yang berubah. Hati. Hala tuju. Semangat.dan juga persahabatan.
Berada di tahun akhir pengajian, berdepan dengan sebuah kenyataan bahawa tahun ini merupakan tahun yang sukar, melelahkan dan juga penuh duri-duri yang melukakan.
i
Aku sudah hampir...begitu hampir untuk menyiapkan projek akhir.Semakin hampir tetapi masih terasa ada begitu banyak perkara tidak dilunasi lagi. Ubah yang ini, tambah yang itu, tolak yang ini....masih tidak siap-siap juga. Selain harus memberi fokus yang penuh terhadap projek akhir, terdapt beberapa lagi kuliah yang harus diberi keutamaan. 3 Mei 2011 bakal membentang kertas kerja untuk kuliah Semiotik di dalam Penulisan Kreatif dan pada keesokan harinya 4 Mei 2011 akan membentang untuk seminar lakon layar. Moga-moga semua urusan dipermudahkan Allah s.w.t. Aku benar-benar mengharapkan yang terbaik untuk kali ini.
ii
Muim belum berakhir...tetapi seakan-akan aku ingin menamatkannya dengan lebih awal lagi. Sukarnya dikala ini untuk aku mentafsirkan perasaan sendiri. Dikelilingi oleh persekitaran yang menimbulkan 'negative energies' dalam diri. Terasa semua yang berada di kiri dan kanan adalah sebuah penipuan.Penipuan yang membenamkan segala kebenaran. Muak dengan perkara-perkara remeh, tolol dan menyesakkan fikiran. Tetapi setiap kali aku memilih untuk menjauh, tiap kali itu aku akan tetap terheret sama.
Aku belajar dari setiap kelemahan diri...tetapi manusia terkadang cara belajarnya juga lemah. Aku belajar kesetiaan, kebaikan hati,kekuatan diri,dan ketelusan dalam berkata-kata dari mama. Aku belajar berdikari,erti sebuah kehidupan, kekecewaan, kasih sayang, pengorbanan, pengkhianatan juga sesuatu yang membuat aku ingin merubah segala persepsi tentang hidup dari papa. Dan. Setelah aku belajar dari kedua-duanya aku menjadi diri aku sendiri. Dan pengalaman belajar itu menjadi kubu untuk menahan rasa yang aku alami kini.
Tetapi dalam banyak pelajaran yang aku terima, aku belum pernah terima pelajaran untuk mengubati kelukaan akibat menerima persahabatan yang palsu. Yang ini benar-benar perit untuk ditanggung! Terima kasih untuk kenangan-kenangan yang palsu juga!
iii
Aku melalui waktu-waktu yang baik juga ditengah-tengah waktu yang meribut. Terima kasih kerana Allah masih tinggalkan aku sahabat-sahabat yang masih lagi telus Aina Nabila, Dalila, Linda, Syiqin, Peanut, CikAin dan John yang aku kasihi ,kedua-dua junior yang comel Maria dan Min.....terima kasih kerana menjadi penawar =)
Betapa sayangnya aku pada kehidupan ini. Betapa aku ingin berterima kasih kepada Allah kerana rasa-rasa ini. Betapa aku merasa Allah tidak ingin aku menjauhi-Nya....Betapa aku harus belajar bahawa sepahit-pahit hidup, manisnya tetap ada.
Saya sedih. Saya nak bercakap dengan seseorang tetapi saya lihat tak ada orang yang berada di sekeliling saya sekarang. No parents, no siblings and no frens…i'm alone
Jadi saya hendak bercakap dengan hati saya sahaja..
WAHAI HATI,
Saya terkilan. Dengan diri saya sendri. Kerana mengharapkan sesuatu yang lebih dan tidak mungkin saya boleh dapat…
Kadang-kadang saya rasa saya ni bodoh dan sangat menjengkelkan.
Saya tak tahu bagaimana saya bergerak dan saya tak tahu apa pandngan orang pada saya. Penting ke semua tu?
Yang saya tahu setiap hari saya hidup dengan cara saya sendiri
Kadang2 orang akan datang dalam hidup saya tiba-tiba dan kemudian akan pergi dengann tiba-tiba juga…hidup ini macam sesuka hati je apa yang kita nak buat…Hidup dengan sesuka hati…
Kadang2 saya berlaku tak baik dengan orang. sebab saya selalu menegur diri saya bila saya buat sesuatu yang tidak sepatutnya. Itu semua sebab nak puaskan hati sendiri. Hidup dengan sesuka hati.
Kadang2 saya rasa saya buat begitu baik dengan orang sehingga saya merasakan orang itu perlu buat perkara yang sama seperti saya lakukan. Tetapi tak semua yang kita buat orang akan pandang. Jangankan kata terima kasih, pandang pun tidak. Hidup dengan sesuke hati saja.
Saya cuba untuk selalu didik hati saya dengan bersifat ikhlas. Dengan itu bila seseorang buat sesuatu yang menyakitkan tak adalah saya rasa sakit hati sangat sebab apa yang saya buat semuanya ikhlas dan tak perlu balas-balas.
Kadang2 bila orang lain mengata dan sampai ke telinga saya tentang sahabat-sahabat saya, saya bertindak dengan 'meremove' orang itu dari akaun FB saya. Kelihatan kebudak-budakan tetapi saya begitu pasti semua benda ada fungsi. FB tu ada fungsinya. Jadi saya terpaksa 'meremove' kawan-kawan yang tidak berfungsi pada saya di dalam FB saya supaya FB saya terus kekal sebagai benda yang berfungsi kepada saya.
Kadang2 saya ambik peduli dan merisaukan tentang sesuatu tetapi ada orang tak peduli langsung tentang kerisauan saya tu. Jadi saya ambil keputusan untuk tidak peduli lagi. Peduli apa.Hidup dengan sesuka hati saja.
Dalam hidup saya, saya beberapa kali bertembung dengan orang yang tikam saya dari belakang dan pernah juga memfitnah saya..hmmm saya ambil masa yang lama untuk sembuh. Saya bermula segala-galanya dengan kepercayaan, tetapi kepercayaan itu bagaikan tidak ada nilainya . Bila saya hendak pulih, saya mula merasakan bahawa saya bermula dengan ketakutan.
I am annoyin person. I am not a good person walaupun saya cuba untuk beberapa kali menjadi nice person. Tetapi nampak macam tak sesuai dengan saya sebab nice person tu tak kekal lama dengan saya hahaha…tapi saya kasihkan semua orang yang berada disekeliling saya. Saya kasihkan guru-guru saya di aswara...…saya kasihkan kawan-kawan saya walaupun mereka buat saya seperti invisible…saya kasihkan keluarga saya walau apa pun sahaja badai yang melanda….saya kasihkan semua itu kerana ianya datang dari Tuhan dan Tuhan tidak datangkan sesuatu dalam hidup kita dengan sia-sia.
Kadang-kadang saya cuba jadi orang lain untuk orang lain. Kemudian awak, hati, mengatakan tak ada nilai ke diri itu apabila menjadi diri sendiri dan akan hebatkah diri tu bila menjadi orang lain…hmmm betul jugak lalu saya jadi diri saya sendiri. Saya yang tak bijak ni, saya yang tak cantik menawan ni…Saya menjadi diri saya walaupun saya tak punya apa-apa.
Ermm saya nak jauhkan diri pada seseorang sebab saya sudah tidak ada fungsinya lagi. If saya tak ada fungsi untuk apa saya stay kan? Lebih baik saya pergi ke haluan saya dan kawan saya tu ke haluan dia. Jadi no hurt feelin ^_^
~Ya ALLAH, jadikan diriku lebih baik daripada sangkaan mereka, janganlah Engkau hukum aku karena ucapan mereka dan ampunilah daku lantaran ketidak tahuan mereka~
(Abu Bakar As-Shiddiq ra)
A very special gift, a very special moment from a very special person!
i juz can't forget..lately ni ada beberapa perkara yang masuk ke dalam relung hati dan terasa seperti mimpi. Mimpi yang manis yang jarang menjadi sisi yang realiti.
Alhamdulillah...aku beri rasa syukurku kepada Ilahi... Alhamdulillah ^_^
i
Amirah is goin to uitm. Setelah beberapa musim dia menunggu. Ada sesuatu dalam hidup ni yang aku belajar, kadang-kadang Allah tarik sesuatu dalam hidup kita sebab Dia nak gantikannya dengan sesuatu yang lebih baik lagi. I trust that.
ii
pak ngah dan mak ngah~ insan teristimewa dalam hidup yang Allah kurniakan untuk aku selepas papa dan mama. Cukup. Aku tak perlukan apa-apa lagi melainkan mereka. Terasa setiap kali bersama mereka, semua beban yang aku rasakan tidak tertanggung menjadi ringan semula. Allah benar-benar hantar mereka untuk lindungi hatiku. lindungi daripada kesedihan dan kelemahan. Setiap lontaran kata-kata bagaikan setitis embun yang menitis ke dalam hati. Mengisi ke ruang yang paling dalam dan membenihkan banyak harapan dan doa. ...Sila berdoa untuk kebahagiaan hidup diri sendiri dan orang-orang yang kita cinta yeahh hihiihi~SUNGGUH no one can replace 'em.
iii
hmm..last day jumpa pak ngah and mak ngah, well they will fiy to beijing in a few days from now, hahaha...ada satu hari tu when we talk about education... mak ngah suddnly came and peluk me and amira. WE Cried. we talk heart to heart like me and mom alwys do... miss mama waaa tak sabar nak balik JB hukhukhuk...
hati berdesir...
iv Dalila Roslan is so comel hahaha~well she kept puji diri yang diri dia tu comel hahaha... i am so glad... received a gift from her ^_^...inspirational...motivation. Thank you ! THANK YOU
Awal Muharram kali ini tiada lebih baik yang aku harapkan melainkan kehidupan yang diberkati Allah.
dan semoga perjalanan hidup sebagai seorang pelajar membaik semula...aku akui aku mengalami kemerosotan fokus dalam pelajaran semester ini...semoga aku berjumpa kembali jalanku. Hurmm
dan
my both best gurl, Mira and Orked akan keluar dari rumah. Masing-masing pun akan masuk belajar semula. Mira, Alhamdulillah dapat menyambung pengajian di Uitm Segamat, Johor and Orked ke sekolah asrama. Hurmm i'll miss 'em alot~~~ Pemberian yang sungguh manis. Terima Kasih Tuhan
"This is how it works. I love the people in my life, and I do for my friends whatever they need me to do for them, again and again, as many times as is necessary. For example, in your case you always forgot who you are and how much you're loved. So what I do for you as your friend is remind you who you are and tell you how much I love you. And this isn't any kind of burden for me, because I love who you are very much. Every time I remind you, I get to remember with you, which is my pleasure."
Its her birthday!!
on 2nd December ( periksa time ) !
we are all busy doing exam preparation ok! hahaha ... but can still celebrate besday of Aina Nabila Ahmad huhuhu well .. we had a great time! I do not think it will be repeated again for the next 10 years because Dalila said she had to go to London? hukhukhuk...thank you for yesterday ... Dalila suddenly asked, would happen again a wonderful time like this in 10 or 20 years? hahaha I said ... if God Will ... it will happen again but perhaps in different situations .. hahaha
Aina Nabila Ahmad,I hope you will be successful and happy In the world and the hereafter. I want you to be my friend until saya tua huhuhu ( yuk kita tua bersama hahaha) ... until I close my eyes ...and untill the end of time.....~~
Client story: "I can't accept myself as I am," said Lilly, a 38-year-old film producer. "I don't think I'm good enough yet." "When will you be good enough?" I asked. "I'm not sure," said Lilly. "If you were willing to accept yourself, you might start feeling good enough now," I said.
Lesson: Self-acceptance teaches you that you are not who you think you are. You are able to discern between your ego and your Unconditioned Self. Early on, children start to construct a persona to help cope with the demands of being in a family, going to school and facing the world. On close inspection, you find that your persona or ego is made up of judgments about who you are, what is possible, what you deserve and what you don't. These judgments become the lens through which you see yourself and the world.
For example, Lilly had created a persona commonly described as perfectionistic. This personality type focuses on getting things right and being good. It conceives an ideal self (rather than a real self) that has high standards and stringent rules you must try to live up to. Your persona judges your efforts, and the more you judge yourself, the more you move out of alignment with the innate goodness of your Unconditioned Self.
Exercise: The more you judge yourself, the less you see who you really are. The habit of self-judgment causes self-denigration in which you belittle yourself, criticize yourself, punish yourself and treat yourself without kindness. The most powerful way to undo the effects of self-denigration is kindness and forgiveness, which restore awareness of your innate goodness.
Declare today, "I forgive myself for my judgments." Affirm yourself by saying, "I will not criticize myself today." Trust in your goodness. Resolve to treat yourself with kindness.
"When we honestly ask ourselves which person in our lives mean the most to us, we often find that it is those who, instead of giving advice, solutions, or cures, have chosen rather to share our pain and touch our wounds with a warm and tender hand. The friend who can be silent with us in a moment of despair or confusion, who can stay with us in an hour of grief and bereavement, who can tolerate not knowing, not curing, not healing and face with us the reality of our powerlessness, that is a friend who cares."
— Henri J.M. Nouwen (The Road to Daybreak: A Spiritual Journey)
I thank you for all that I can. I learned to appreciate it and I do not believe anything that comes in our life is wasted because of it we will learn many things. Like today, when I feel that I was no longer important, it doesn't mean I am nothin. Sometimes things that happen is for our wisdom. I need to change. Changed to be more honest with myself and this life. I can only say I don't need them anymore as my friend, for being faithful is useless to me. I believe life is to give and take. and therefore it would not be in vain. somehow I feel a bit offended by them. I was invisible .. I will only exist when they called my name. I have no regrets if my goal in life is to be so good....wELL saya tidak sebaik itu!. Since my life, I learned a lot about the frustrations and I already know what is the cure. LETTING GO!!. I learned from both my parents. Forgive and forget. It is not easy but not impossible for us(ME!!! ) to do. I am not a good person .. Sometimes I think people are very annoying. But I know I cannot change other people and circumstances. I can only change myself.CHANGE MYSELF~~
ouchhh meluahkan perasaan disaat menjelangnya peperiksaan...Good luck to me ^_^
Lesson: The journey of self-acceptance starts when you acknowledge that you don't seem to know much about yourself. Your personality, or ego, finds it difficult to answer questions like "Who am I?" and "What do I want?" Being asked to describe yourself at a job interview or for a dating agency profile, for instance, can feel excruciating and practically impossible because you haven't really been paying attention.
True self-acceptance is motivated by the possibility of knowing what your true essence—the Unconditioned Self—is really like.
Exercise: Self-acceptance is the process of befriending the Unconditioned Self—the part of you that is more than just your name, your history, your story, your failures or your successes. You are more than just your experiences or how other people see you or the clothes you wear.
Reflect on this today: What is most authentic about you? What do you want people to really know about you? Who are you without your ego? Be still, and really listen to how you answer. Then, write down in your journal the qualities that describe your real, unconditioned self. If you're having a little trouble answering these questions for yourself, try writing a biography of your real self in 100 words.
Finding a balance between what you give and what you get in your relationships is essential to your happiness, health and well-being. From co-workers to friendships to family, take Dr. Robert Holden's Sacrifice Test to identify the key reasons behind the sacrifices you're making in your relationships. Once you have your results, use these 10 powerful exercises to help you let go so that you can finally say yes to a more beautiful life.
There are two types of sacrifice: unhealthy sacrifice and healthy sacrifice. In my work, I have seen people try to use unhealthy sacrifice to save a marriage. It appeared to work at first, but love and dishonesty are not good bedfellows. I have seen lovers try to play small in a relationship so as to heal power struggles and avoid rejection. I have seen children get ill in an attempt to heal their parents' relationship. I have seen business leaders nearly kill themselves for their cause. Unhealthy sacrifice is often well-intentioned, but it never really works.
Healthy sacrifice is a different story. To be happy in a relationship, for instance, you have to be willing to sacrifice fear for love, independence for intimacy, defenses for joy and resentment for forgiveness. To be successful at work, you have to be willing to sacrifice being in control to allow for innovation and sacrifice chronic busyness for genuine success, for instance. Healthy sacrifice helps you to let go of what does not really work in order to embrace what does work.
So, how much unhealthy sacrifice are you in right now? Sometimes the habit of unhealthy sacrifice is so unconscious we are the last to recognize it in ourselves. Would you be willing to sacrifice unhealthy sacrifice so as to shift your life and experience greater joy, love and abundance?
LAMAN web Dublin UNESCO: City of Literature di alamat www.dublincityofliterature.com menyorot kelebihan ibu kota Ireland, Dublin sehingga diiktiraf sebagai Kota Sastera oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) pada tahun ini.
Penobatan Dublin sebagai Kota Sastera bukanlah bersifat kosmetik, sebaliknya didorong sensitiviti masyarakat di kota itu terhadap sastera, diperkukuh oleh kesedaran terhadap karya agung mereka yang turut diseimbangkan minat kepada karya kontemporari.
“Berita mengenai sastera tersebar luas dalam media dan melalui penganjuran sesi baca buku, diskusi dan debat yang dianjurkan oleh penerbit, universiti, perpustakaan, persatuan penulis, kedai buku, pub dan kafe.
“Penghargaan terhadap penulisan dan kekayaan bentuk serta genre sastera diperlihatkan oleh penduduk Dublin sebagai suatu keperluan hidup, manakala kesedaran terhadap sastera dianggap salah satu ‘mata wang’ kepada kota raya itu yang turut menjadi kebanggaan mereka,” laman web itu dipetik berkata.
Pengarang di Dublin pula bukanlah peribadi yang asing pada pandangan masyarakatnya, sebaliknya turut menjadi tokoh yang membawa mereka ke abad ke-21 sehingga menjadi sebahagian daripada kehidupan harian mereka.
“Kota itu turut memberikan penghargaan secara rasmi kepada pengarang melalui pelbagai cara termasuk dengan menobatkan tiga sasterawan mereka sebagai Freedom of the City, iaitu George Bernard Shaw, Douglas Hyde dan paling terkini, adalah Thomas Kinsella.
“Selain itu, Dublin turut memberikan Anugerah Lord Mayor yang pada 2009 dianugerahkan kepada Sebastian Barry, manakala Hadiah Man Booker Antarabangsa pula dianjurkan di kota terbabit buat pertama kalinya pada tahun lalu sebagai pengiktirafan terhadap kewibawaan sasteranya,” laman web itu dipetik berkata.
Tidak kurang daripada empat sasterawan yang mempunyai kaitan dengan Dublin dianugerahkan Hadiah Nobel untuk Kesusasteraan, iaitu George Bernard Shaw, WB Yeats, Samuel Beckett dan Seamus Heaney, manakala pengarang kota terbabit yang mencapai pengiktirafan antarabangsa termasuklah Jonathan Swift, Cardinal Newman, Oscar Wilde, Sean O’Casey, Denis Johnston, Flann O’Brien, Brendan Behan dan Jennifer Johnston.
“Dalam tempoh yang terdekat ini, pengarang yang menetap di Dublinterus menerima pengiktirafan dalam prosa, drama dan puisi dengan Hadiah Man Booker diberi kepada Iris Murdoch, Roddy Doyle, John Banville dan Anne Enright, manakala pada 2009 pula, Barry mendapat Anugerah Tahunan Buku Costa dan Hadiah Fiksyen Sempena Mengenang Tait Black.
“Pada tahun lalu juga, Colum McCann memenangi Anugerah Buku Kebangsaan Amerika Syarikat (AS) lewat novelnya, Let The Great World Spin sehingga tidak hairanlah novelis, Enright, menganggap orang pintar di kota lain keluar dari rumah untuk membina kekayaan, tetapi orang bijak di Dublin kembali ke rumah untuk menulis buku,” laman web itu dipetik berkata.
Dublin turut melahirkan antara hadiah sastera paling berprestij, iaitu Anugerah Sastera IMPAC Dublin yang turut dimenangi pengarang kota itu, Colm Toibin pada 2006, selain ramai daripada mereka meraih populariti antarabangsa melalui penterjemahan seperti Dermot Bolger, Frank McGuinness, Conor McPherson, Marina Carr dan Martin McDonagh dalam bidang teater serta Harry Clifton yang dianggap Profesor Puisi Ireland, Eavan Boland, Paula Meehan, Peter Sirr, Pat Boran, Michael O’Loughlin dan Paul Durcan (puisi).
“Dalam genre fiksyen popular pula mereka ialah novelis Maeve Binchy, John Connolly, Marian Keyes, Cathy Kelly, Patricia Scanlan dan Cecilia Ahern, manakala fiksyen sastera melahirkan pengarang yang sangat berjaya seperti Barry, McCann, Enright, Roddy Doyle, Joseph O’Connor, Hugo Hamilton, John Banville dan Claire Kilroy.
“Genre sastera kanak-kanak turut tidak terkecuali dengan pengarang dan pelukis ilustrasi yang mencapai reputasi antarabangsa seperti Siobhan Parkinson yang baru dilantik sebagai Sasterawan Sastera Kanak-kanak Pertama pada tahun ini, Derek Landy, Conor Kostick, Marita Conlon-McKenna dan PJ Lynch, selain bidang bukan cereka seperti pengarang dan pengkritik sastera, Declan Kiberd; pengarang sejarah seni, Anne Crookshank dan sejarawan, Peter Harbison,” laman web itu dipetik berkata.
Pengiktirafan Kota Sastera oleh UNESCO itu berdasarkan ciri dan perwatakan kota yang memperlihatkan kualiti, kuantiti dan kepelbagaian dalam inisiatif editorial, penerbit, program pendidikan yang menumpukan sastera tempatan dan luar negara bermula dari sekolah rendah sehingga universiti, selain turut melihat persekitaran bandar yang turut disumbangkan oleh sastera, drama dan baca puisi.
Ia turut berdasarkan pengalaman dalam penganjuran acara dan festival sastera yang bertujuan mempromosi sastera tempatan dan luar negara, selain turut menyorot fungsi perpustakaan, kedai buku dan pusat kebudayaan milik kerajaan atau swasta dalam usaha memulihara, mempromosi dan menyebarkan sastera.
Pengiktirafan Kota Sastera yang sebelum ini turut diberikan kepada Edinburgh, United Kingdom (UK); Iowa City, AS dan Melbourne, Australia itu, tidak meminggirkan sumbangan aktif sektor penerbitan untuk penterjemahan karya sastera daripada bahasa kebangsaan atau karya asing, selain pembabitan cergas oleh media termasuk media baru dalam mempromosi dan memperkukuhkan pasaran produk sastera.
Jadi inilah kemuncaknya subjek bagi Keusahawanan Seni. Ini saatnya mempraktikkan segala pengetahuan yang telah diperolehi sepanjang hampir enam bulan kuliah. Untuk booth penulisan terdapat dua booth iaitu kumpulan dari Abang Nasir dan juga kumpulan dari aku sendiri. Dan hasil idea kak sara maka lahirlah
THE PARAGON CABIN
Apa yang ada di booth kami? Macam-macam ada ! Antaranya
Baju bundle koleksi daripada Yang Dipertua Pelajar Roydy Anuar atau nama glamour Roydy Rokydy berserta Marrulhuda Mawardi.
Buku-buku lama koleksi penyelia Latihan Ilmiah aku merangkap pensyarah iaitu Tn Hj Rahim Abdullah. Buku-buku lama tersebut dijual dengan kadar yang terendah. Ada juga buku yang tak diusik ( masih di dalam balutan plastik ) langsung oleh tuannya.
Buku lagi : Kami juga mempunyai karya agung sasterwan negara ke-10, Dato Dr Anwar Ridhwan Naratif Ogonshoto .
Buku-buku terbaik dengan harga terbaik dari Alaf 21 , Casa Delima dan juga novel karya MF Kencana.
Terdapat juga perfume original dengan harga runtuh! Hahaha!
Dan akhir sekali, kami juga menjual makanan serta minuman pada hari kejadian.
Semoga fesival ini ( sepatutnya karnival kerana festival merujuk kepada perayaan ) ini memberi kami secebis pegalaman yang tak terlupakan....~ ^_^
I believe that everything happens for a reason. People change so that you can learn to let go, things go wrong so that you appreciate them when they're right, you believe lies so you eventually learn to trust no one but yourself, and sometimes good things fall apart so better things can fall together
"Friendship is the hardest thing in the world to explain. It's not something you learn in school. But if you haven't learned the meaning of friendship, you really haven't learned anything."
“Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada kedua ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada keduanya sekalipun perkataan ‘ah’, dan janganlah engkau menengking mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia.” (Surah al-Israa’:23)
Firman Allah s.w.t. dalam surah Luqman ayat 14:
Maksudnya: “Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan atas kelemahan dan menceraikan susunya dalam masa dua tahun; bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibu bapamu; dan kepada Akulah tempat kembalimu.”
Dari Imam Muslim daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda:
Mafhumnya: “Amat malanglah! Amat malanglah! Dan amat malanglah. Maka Rasulullah ditanya: Siapakah orang yang amat malang itu wahai Rasulullah? Baginda menjawab: Seseorang yang mendapati kedua ibu bapanya atau salah seorang daripada keduanya telah tua namun dia masih gagal memasuki syurga (lantaran gagal berkhidmat kepada mereka).”
Allah s.w.t. dalam firman-Nya:
Maksudnya: “Dan rendahkanlah dirimu kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah: Wahai Tuhanku! Kasihanilah mereka berdua sebagaimana mereka telah memelihara dan mendidikku semasa kecil.”
(Sural al-Israa’:24)
Dilahirkan pada 10 Mac 1987 di Hospital Besar Kuala Lumpur.Kini sedang menuntut diperingkat Ijazah Sarjana Muda dalam jurusan seni penulisan lakon layar di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan
"I am a traveler seeking the truth, a human searching for the meaning of humanity and a citizen seeking dignity, freedom, stability and welfare under the shade of Islam. I am a free man who is aware of the purpose of his existence and who proclaims: “Truly, my prayer and my sacrifice, my living and my dying are all for Allah, the Lord of the worlds; no partner has He. This, am I commanded and I am of those who submit to His Will.” This is who I am. Who are you?"